Selain manusia, haiwan juga sering menguap. Namun, apakah faktor kepada perkara ini?

Baiklah sebelum itu, mari kita faham apa itu menguap? Menguap adalah proses membuka mulut dan menarik nafas sedalamnya sekaligus mengisi paru-paru dengan udara.

Ini adalah tindak balas yang sering dialami jika anda berasa penat atau selepas melakukan aktiviti yang panjang. Sebenarnya, menguap biasanya dipicu oleh rasa mengantuk atau keletihan.


Mengapa Menguap Boleh Berlaku?

Terdapat sebilangan teori mengenai faktor berlakunya menguap. Namun, kajian mengenai topik ini adalah sangat sedikit. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa sebab yang dipersetujui untuk menguap.

Menurut para penyelidik, kebiasaannya perasaan ingin menguap disebabkan oleh faktor tubuh kita kurang mengambil oksigen disebabkan oleh pernafasan yang perlahan. Oleh itu, menguap membantu kita membawa lebih banyak oksigen ke dalam darah dan mengeluarkan lebih banyak karbon dioksida dari darah.

Walaupun teori ini dilihat logik, namun hakikatnya tiada bukti yang benar-benar meyakinkan kajian ini. Hal ini kerana apabila mereka melakukan penyelidikan dengan menempatkan inidividu di persekitaran rendah oksigen atau karbon-dioksida tinggi, tiada reaksi menguap yang jelas ditunjukkan.


Ada juga kajian menunjukkan, suhu otak yang tinggi boleh menyebabkan seseorang individu menguap. Oleh itu, ia boleh dikategorikan sebagai mekanisma radiator yang menyejukkan darah yang bersuhu tinggi di otak.

Kajian dilakukan pada tahun 2013 yang diterbitkan dalam International Journal of Applied and Basic Medical Research menunjukkan bahawa menguap dapat membantu menyejukkan suhu otak.

Pada tahun 2014 pula, menerusi sumber yang diterbitkan dalam jurnal Physiology & Behavior mendapati bahawa menguap berlaku kurang pada musim sejuk. Sekiranya suhu otak terlalu jauh dari norma, menghirup udara dapat membantu menyejukkannya.

Selain reaksi semula jadi badan, terdapat juga kes yang mana individu akan menguap ketika berada di kawasan yang tinggi seperti di dalam pesawat ataupun ketika memandu di lebuhraya yang dikelilingi bukit tinggi. Pada waktu ingin, individu akan menguap secara sengaja untuk mencuba menyamakan tekanan di telinga. 

Benarkah Menguap Adalah Tanda Mengantuk?

Menguap sinonimnya dikaitkan dengan perasaan mengantuk dan kebosanan. Namun, ia sebenarnya refleks yang mendorong otak anda untuk kekal bangun dan membuat anda lebih waspada.


Apakah Kesan Menguap Pada Seseorang?

Menguap berlebihan adalah menguap yang berlaku lebih dari sekali per minit. Walaupun menguap berlebihan biasanya disebabkan mengantuk atau bosan, namun untuk sesuatu keadaan, ia boleh menyebabkan reaksi vasovagal, yang mengakibatkan menguap berlebihan. Semasa reaksi vasovagal, terdapat peningkatan aktiviti di saraf vagus. Saraf ini berjalan dari otak ke tekak dan ke perut.

Apabila saraf vagus menjadi lebih aktif, degupan jantung dan tekanan darah menurun dengan ketara. Reaksi dapat menunjukkan apa-apa dari gangguan tidur hingga keadaan jantung yang serius.

Adakah Menguap Boleh Berjangkit Ke Orang Sekeliling?

Pernahkah anda terdengar yang mana menguap adalah satu penyakit berjangkit? Sekiranya anda menguap di dalam kelas, anda mungkin akan melihat beberapa orang lain juga akan mula menguap. Kadangkala, apabila anda fikir tentang menguap, ia juga boleh membuat anda menguap.

Perkara ini lebih dikenali sebagai echophenomena iaitu satu tiruan perkataan atau perbuatan orang lain secara automatik. Dan bukan hanya manusia yang cenderung untuk menguap – simpanse dan anjing juga melakukannya.

Echophenomena juga dapat dilihat dalam pelbagai keadaan klinikal yang berkaitan dengan peningkatan rangsangan kortikal atau penurunan perencatan fisiologi seperti epilespsi, demensia, autisme dan sindrom Tourette.

2 Aktiviti Untuk Meredakan Rasa Menguap

1. Cuba bernafas dalam-dalam

Sekiranya anda berasa mengantuk atau letih sehingga mengakibatkan menguap, cubalah senaman pernafasan yang dalam melalui hidung. Tubuh anda mungkin memerlukan lebih banyak oksigen. Anda juga boleh:

  • Bersenam lebih.
  • Elakkan atau hadkan pengambilan kafein.
  • Buat jadual tidur
  • Sediakan persekitaran tidur yang selesa.

2. Bergerak

Anda juga boleh mencuba berjalan-jalan di luar atau pergi ke ruang dengan suhu yang lebih sejuk. Sekiranya anda tidak mempunyai masa untuk melakukan ini, minum air sejuk atau makan makanan ringan yang sejuk seperti buah yang disimpan di dalam sejuk.

Sumber: KidsHealth, ScienceDailymuschealth