Carian
Penutup Botol Air – Maksud Disebalik Warna Yang Berbeza
September 29, 2020 Lina Rosli

Penutup Botol Air – Maksud Disebalik Warna Yang Berbeza

Jika anda perasan, di pasaran terdapat pebagai jenama dan rekaan botol untuk setiap air minuman. Apabila anda melihat secara teliti, anda mungkin akan melihat perbezaan warna penutup botol yang tersedia. Antaranya adalah warna merah, putih, hijau dan biru. 

Tahukah anda, perbezaan warna penutup botol ini sebenarnya membawa kepada satu maksud iaitu jenis minuman. Jadi, hari ini Tajria akan berkongsi kepada anda maksud kepada warna setiap penutup botol.

Warna Putih

Putih bermaksud air yang disediakan adalah air minuman biasa yang telah dirawat. Minuman ini kebiasaannya mempunyai harga yang lebih rendah berbanding air suling atau air mineral.

Warna Hijau Atau Biru

Botol air mineral dan botol air suling menggunakan penutup botol berwarna  biru atau hijau kerana ia berasal dari sumber selain air paip. 

Perbezaan Antara Air Mineral Semula Jadi Dan Air Minuman

Semua sumber air sama ada dari sungai yang melalui loji rawatan air untuk menjadi air paip atau akuifer bawah tanah harus mendapat persetujuan Kementerian Kesihatan.

Persetujuan dan pemantauan sumber-sumber ini harus mematuhi piawaian yang dibenarkan seperti yang dinyatakan dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan 1985.

Berikut adalah beberapa perbezaan untuk air mineral semula jadi dan air minuman.

Selain air mineral dan minuman biasa, ada juga beberapa proses lain untuk mendapatkan air yang bersih. Ada juga banyak individu yang mungkin terkeliru di antara proses osmosis berbalik, osmosis songsang, R.O Water, air suling dan ozon water. Penyataan ini adalah merupakan jenis proses rawatan ke atas air yang dilakukan untuk air minuman berbungkus. Secara amnya proses rawatan tersebut adalah untuk menghilangkan bau, rasa, kontaminan organik dan klorin. Rawatan seperti penyulingan dan osmosis berbalik adalah untuk membuang atau mengurangkan mineral manakala ozon digunakan untuk membunuh kuman.

Komen