Ini Adalah 5 Aplikasi Yang Perlu Ada Di Dalam Telefon Pintar Setiap Wanita
Pada zaman teknologi ini, hampir kesemua perkara boleh dilakukan di hujung jari. Bermula dari aplikasi masakan, aplikasi edagang, aplikasi perjalanan dan banyak lagi.
Untuk mengimbangkan rutin harian peribadi, pekerjaan dan kehidupan sosial anda, aplikasi-aplikasi moden ini memainkan peranan yang sangat penting. Ia bukan sahaja melancarkan perjalan harian anda, malah ia memastikan setiap pelan dan rancangan anda dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur.
Berikut adalah 5 aplikasi yang perlu dimuat turun oleh setiap wanita moden pada zaman sekarang.
Moovit
Bagi anda yang sering bergerak ke pelbagai lokasi satu hari, Moovit adalah aplikasi yang penting yang perlu ada di dalam telefon pintar anda. Hal ini kerana, ia membenarkan anda untuk menyemak jadual pengangkutan awam untuk ke tempat kerja dengan lebih mudah.
Moovit telah menjadi aplikasi perancangan dan navigasi transit paling popular di dunia, dengan lebih daripada 400 juta pengguna dan perkhidmatan di 2,700 bandar di 90 negara. Selain sesuai untuk digunakan oleh individu biasa, aplikasi ini juga hadir dengan inovasi yang membantu orang kurang upaya di seluruh dunia untuk menggunakan bas, lrt, mrt, ktm dan perkhidmatan pengangkutan awam yang lain.
Muat turun di iOS – Moovit
Muat turun di Android – Moovit
Zomato
Aplikasi yang membolehkan anda memilih lokasi anda dan memfokuskan carian restoran yang anda inginkan berdasarkan jenis makanan dan bajet perbelanjaan dengan lebih baik.
Menerusi carian yang dilakukan, anda dapat melihat gambar hidangan yang dimuat naik dan juga menu restoran yang telah anda pilih. Bukan itu sahaja, ia turut mempamerkan restoran dan kedai makan yang berdekatan di kawasan anda.
Muat turun di iOS – Zomato
Muat turun di Android – Zomato
Yummly
Terdapat banyak perkara yang menarik mengenai aplikasi Yummly, terutamanya jika anda memerlukan idea dan sedang mencari resepi untuk menu makan setiap hari. Ia hadir dengan beberapa kaedah untuk menjimatkan masa di dapur rumah anda.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh menggunakan aplikasi untuk mencari resipi berdasarkan jenis masakan dan diet berdasarkan senarai barangan di peti sejuk anda. Aplikasi ini juga merangkumi video tutorial untuk membantu anda mengurus hidangan anda.
Muat turun di iOS – Yummly
Muat turun di Android – Yummly
MyFitnessPal
Aplikasi ini merupakan salah satu aplikasi yang popular di kedai atas talian Apple App Store dan Google Play Store. Ia mempunyai pangkalan data makanan yang mengandungi lebih dari dua juta item. Nyatakan berat badan anda sekarang, berapa berat sasaran anda, tinggi badan, umur, tahap aktiviti, rejimen senaman, dan berapa banyak berat yang ingin anda turunkan setiap minggu.
MyFitnessPal juga akan membantu anda untuk terus berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran penurunan berat badan anda . Ia akan mencatat apa yang anda makan dan apa yang harus anda minum sepanjang hari.
Muat turun di iOS – My Fitness Pal
Muat turun di Android – My Fitness Pal
Be$MART
Aplikasi ini membolehkan anda memasukkan pendapatan, menetapkan bajet anggaran dan mencatat perbelanjaan untuk mengesan pergerakan tunai dan kredit. Anda juga dapat melihat baki jumlah yang tinggal dalam anggaran yang telah anda tetapkan untuk setiap kategori selain mengawal perbelanjaan anda dengan sewajarnya.
Dengan Be$MART kerana memberi anda gambaran mengenai tabiat kewangan anda, membantu anda membuat pilihan yang lebih baik dari masa ke masa.
Muat turun di iOS – Be$MART
Muat turun di Android – Be$MART