Carian
Rangkaian Produk Terbaru Dari Summerie – Menggunakan Minyak Biji Bunga Matahari Organik
September 25, 2020 Lina Rosli

Rangkaian Produk Terbaru Dari Summerie – Menggunakan Minyak Biji Bunga Matahari Organik

Summerie ialah rangkaian produk mandian dan kecantikan yang hadir dari bahan semula jadi. Summerie berasal dari perkataan ‘summer’ dan ‘reverie’. Rangkaian produk yang ditampilkan hadir dengan ekstrak botani yang memulihara kulit dalam mandian harian anda.

Keistimewaan produk Summerie ini, ia hanya diperbuat dari bahan asli semulajadi yang penting untuk kulit dan rambut. Dengan menggunakan wangian premium yang diilhamkan oleh aroma asli, setiap produk Summerie adalah bebas-silikon agar kulit dan rambut anda mendapat segalanya yang diperlukan dalam setiap botol.

Selain itu, rangkaian produk yang dihasilkan juga menggunakan minyak biji bunga matahari organik yang menawarkan pelbagai manfaat yang mesra kulit dan rambut. Ianya juga kaya dengan vitamin anti oksidan A, B, C dan E; mineral seperti besi, potassium dan kalsium; serta Omega-6.

Setiap rumusan mengandungi sekurang-kurangnya 94% bahan-bahan yang diperolehi dari alam semulajadi, dan semuanya bebas dari bahan seperti SLS, SLES, paraben, minyak mineral, pewarna sintetik dan ramuan berasaskan haiwan.

Antara yang produk yang diperkenalkan termasuk:

Grapefruit Purifying Body Wash menghidrat dengan setiap penggunaan sementara kualiti limau gedang membantu menenangkan dan menghaluskan tekstur kulit.

Chamomile Purifying Body Wash memberi kelembapan untuk kulit lembut dan halus. Ia juga hadir dengan ekstrak chamomile untuk memberi ketenangan.

Passionfruit Refreshing Body Washleaves ekstrak passionfruit yang meningkatkan pertumbuhan semula sel sementara karoten pula membantu melawan kesan terbakar dari sinar matahari.

Ginger Refreshing Body Washhelps melindungi kulit dengan hadir dengan bahan yang bersifat anti-radang seperti halia semulajadi selain menjadikan kulit lembut dan halus.

Golden Jojoba Oil Organik untuk menyuburkan akar rambut dan menjadikan ia lebih bersinar.

Syampu untuk Rambut Normal pula diperkaya dengan vitamin B5, membantu menguatkan folikel rambut dan menghasilkan rambut yang sihat.

Syampu untuk Rambut Berminyak mengandungi zink mineral dan ekstrak lemon untuk mengatur rembesan sebum kulit kepala dan mengurangkan penumpukan tanpa menghilangkan kelembapan semula jadi.

Syampu untuk Rambut Kering membantu memperbaiki akar yang rosak serta melembabkan dan mengembalikan rambut rambut yang lebih baik.

Syampu untuk Kelemumur menghilangkan kegatalan dan ketidakselesaan kulit kepala dengan ZPT mineral dan ekstrak calendula yang menenangkan. 

Kondisioner untuk Semua Jenis Rambut menutup kutikula rambut agar terkunci dalam kelembapan, memberikan kilauan yang sihat.

Instant Moisturising Hand Sanitiser dengan kandungan alkohol denaturasi 70% yang berasal dari molase tebu dan ekstrak lidah buaya untuk memberikan lebih hidrasi. 

Power Action Spray Sanitiser hadir dengan kandungan alkohol denaturasi 75% yang berasal dari molase tebu, ekstrak lidah buaya, dan sitrat perak untuk keberkesanan tambahan.

Dapatkan rangkaian penuh produk Summerie yang merangkumi produk mandian badan, syampu dan pembersih tangan hanya di kedai-kedai Guardian di seluruh Malaysia. Harga yang ditawarkan adalah bermula RM4.90 hingga RM17.90. Untuk maklumat lanjut mengenai Summerie, layari http://summerie.my/ atau ikuti maklumat di semua platform media sosial Summerie.

Komen