#100Hari100Aktiviti – Tetapkan Pengambilan Makanan Segera Satu Minggu Satu Kali
Terdapat kajian baru-baru ini, ia mendapati bahawa peratusan ibu bapa yang membeli makanan segera untuk anak-anak mereka meningkat antara tahun 2010 dan 2016.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini juga, syarikat makanan segera telah mempromosikan pelbagai pilihan sajian dan penawaran harga yang berbaloi sekaligus menjadikan akses kepada makanan segera lebih mudah.
Di Malaysia, peningkatan masalah penyakit kronik dilihat semakin membimbangkan. Terdapat banyak perkara yang menjadi faktor kepada masalah ini dan salah satunya adalah pengambilan makanan segara yang cukup kerap.
Makanan segera mengandungi glukosa yang tinggi yang mana perlu dicerna dan digunakan dengan sebetulnya dalam aktiviti haria. Tanpa aktiviti yang memerlukan kalori yang tinggi, gula berlebihan ini akan disimpan di dalam hati dalam bentuk glycogen. Pertambahan glukosa susulan akan menyebabkan paras gula dalam darah menjadi tinggi dan dalam jangka masa panjang, akan menyebabkan kecederaan kepada salur darah di dalam saraf dan juga salur darah kecil. Selain itu, ianya juga boleh menyebabkan rintangan insulin.
Selain itu, lebihan gula dalam badan juga akan ditukarkan menjadi lemak sekaligus menyebabkan seseorang itu berisiko untuk mendapat penyakit obesiti.
Selain itu, makanan segera juga mengandungi garam yang tinggi. Dengan pengambilan garam yang tinggi ini, ia menyumbang kepada keterjadian penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi.
Dengan ini, ia dapat disimpulkan bahawa makanan segera meningkatkan risiko penyakit kronik akibat daripada kekurangan serat dalam menu mereka. Dari sini, beban makanan segera kepada badan manusia bertindak dengan memberikan bahan-bahan berbahaya dalam kandungan yang banyak dan hanya mengandungi zat penting pada kuantiti sangat sedikit.
Oleh itu, dalam 100 Hari 100 Aktiviti ini, Tajria ingin mengajak anda untuk mengambil makanan yang bersesuaian dan baik untuk kesihatan sebelum menuju ke tahun 2021. Bukan itu sahaja, di harap perkongsian ini berupaya untuk memberikan satu perubahan yang positif dalam diri.