Asal Usul Gorengan – Bilakah Ia Diperkenalkan Sebagai Kaedah Memasak?
Jika anda lihat di dalm rutin masakan masyarakat hari ini, makanan bergoreng adalah salah satu hidangan yang paling kerap disediakan. Makanan yang digoreng ini telah menjadi satu kebiasaan terutamanya dalam industri makanan segera.
Apabila ditanya, siapa yang tidak menyukai ayam goreng yang rangup? Siapa yang tidak menggemari kentang yang digoreng panas. Namun, tahukah anda sejak bila kaedah gorengan ini mula diperkenalkan? Siapa yang mencipta penggorengan pertama dalam industri makanan?
Sejarah Makanan Goreng – Bermula Dengan Roti Goreng
Proses penggorengan makanan dikatakan telah berlaku pada zaman ke-5 SM yang diperkenalkan oleh masyarakat di Mesir. Roti yang digoreng adalah salah satu makanan pertama yang digoreng.
Walaupun alat memasak digunakan sejak penemuan api dan memasak di zaman prasejarah, namun tidak diketahui alatan apakah yang digunakan untuk menggoreng. Namun, disebabkan hidangan menggoreng telah dikembangkan secara meluas oleh pelbagai budaya, terdapat beberapa alatan menggoreng dijumpai di beberapa kawasan dan abad. Ada yang menyatakan bahawa kuali menggoreng atau frying pan pertama diperkenalkan pada abad ke-3 yang dihasilkan oleh seorang askar tentera Rom di Wales. Selain itu, ia juga dijumpai sewaktu Dinasti Han di China yang mana bahan pertama yang digunakan untuk membuat kuali menggoreng adalah berasaskan tembaga yang bertarikh antara abad ke-5 dan ke-6 SM Muzium Arkeologi di Tesalonika.
Selepas ia dicipta, banyak budaya dan masyarakat lain mula mengikutinya. Hal ini kerana, kaedah menggoreng makanan adalah cara cepat dan mudah untuk menyediakan makanan. Gorengan juga merupakan cara mengawet makanan untuk dimakan di kemudian hari.
Pada abad pertengahan, kebanyakan makanan telah mula digoreng dan dikemaskini dengan pelbagai bahan tambahan termasuk daging, buah-buahan, dan lain-lain yang mana menjadi popular di seluruh Eropah. Pada abad ke-16 pula, tempura menjadi popular di Jepun. Pada tahun 1830-an, kentang goreng atau “French Fries” menjadi popular di Perancis dan Belgium.
Alatan Menggoreng Pertama Oleh J.C Pitman And Sons Hotel And Restaurant Equipments
Pada tahun 1918, Pitco Frialator telah dicipta oleh J.C Pitman. Ia adalah sebuah mesin yang seakan air fryer yang mampu memasak dengan cepat sekaligus menjadi bahan utama dapur restoran kerana dapat memperpanjang usia minyak masak. Ini mengurangkan kos dan meningkatkan kualiti makanan. Mesin ini pada waktu itu digunakan untuk menggoreng kentang yang mana jika ia dijauhkan dari api, masakannya akan menjadi lebih baik dan sedap. Hal ini kerana, sebelum kaedah menggoreng diperkenalkan, kebanyakan masyarakat akan membakar atau mendidihkan (bake and boil) makanan sahaja.
Sementara, untuk sejarah ayam goreng tidak didokumentasikan dengan baik, tetapi beberapa rujukan terawal muncul di Amerika Syarikat iaitu ditulis di dalam buku masakan Inggeris, Hannah Glasse’s The Art of Cookery Made Plain and Easy, yang diterbitkan pada tahun 1747. Ada juga yang mengatakan bahawa ayam goreng ini diperkenalkan oleh orang Scottish dan dibawa ke Amerika Syarikat.