Carian
Cara Tetapan Cermin Pandang Belakang Dan Sisi Kereta Yang Patut Anda Sesuaikan
October 1, 2020 Lina Rosli

Cara Tetapan Cermin Pandang Belakang Dan Sisi Kereta Yang Patut Anda Sesuaikan

Sewaktu memandu, semestinya anda perlu memastikan kereta anda berada di dalam keadaan baik. Ia termasuk penetapan cermin pandang belakang dan cermin sisi yang betul supaya anda mengetahui keberadaan kereta anda semasa berada di atas jalan.

black car side mirror reflecting green trees during daytime

Cara Menggunakan Dan Menyesuaikan Cermin Pandang Belakang Dan Sisi Anda

Seperti yang anda tahu, cermin ditujukan untuk pengesanan dan bukan untuk mengumpulkan maklumat terperinci. Ia sangat penting jika untuk menjadikan pencarian visual yang baik sewaktu memandu. Hal ini kerana, penetapan cermin yang salah akan memberikan visual dan gambaran yang salah mengenai kedudukan luar kenderaan anda.

Dengan menggunakan tetapan yang Tajria kongsikan, anda dapat melihat apa yang berada tepat di belakang kenderaan anda menggunakan cermin pandang belakang, dan juga dapat melihat secara langsung ke ruang yang berdekatan dengan setiap sudut belakang kenderaan dengan menggunakan cermin sisi. 

vehicle besides trees

Cermin Pandang Belakang

  1. Laraskan cermin pandang belakang supaya anda dapat melihat keseluruhan tingkap belakang dari tempat duduk pemandu.
  2. Pastikan anda menyesuaikannya mengikut paras mata anda dan bukannya kepala anda.
  3. Gerakkan cermin ke atas dan ke bawah dan pastikan anda mendapat gambaran penuh tentang apa yang terjadi di bahagian belakang.

Cermin Sisi

  1. Gerakkan cermin sisi pemandu anda dan sesuaikan sehingga anda dapat melihat bahagian tepi kereta.
  2. Kemudian, gerakkan cermin sisi penumpang anda ke luar. Letakkan kepala anda di tengah-tengah kereta dan sesuaikan cermin sisi penumpang supaya anda dapat melihat bahagian tepi kereta. Pastikan ia tidak menduakan (duplicate) gambaran pada cermin pandang belakang anda.
  3. Setelah berada di posisi pemanduan biasa, kedua-dua cermin sisi harus dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai lorong di sebelah anda, bukan sisi kereta anda.
  4. Kedua-dua cermin sisi dan cermin pandang belakang memberikan anda pandangan unik mengenai apa yang ada di belakang anda. Sekiranya cermin ini menduplikasi pandangan yang lain, anda masih tidak menyesuaikan cermin anda dengan betul.
  5. Berhati-hati dengan blind spot.

Sebelum memandu dengan tetapan cermin yang betul ini, lihat bagaimana ia berfungsi semasa kenderaan anda diparkir. Contohnya, anda boleh meletak kenderaan selari di sepanjang jalan, kemudian melihat bagaimana kenderaan yang bergerak melalui cermin dan penglihatan persisian anda. Ini dapat membantu anda menjadi berorientasi pada tetapan baru sebelum mula memandu.

Dengan tetapan ini, anda akan mempunyai gambaran visual yang hampir sempurna di sekitar kenderaan anda, yang dapat membantu anda mengesan kehadiran kereta lain yang berdekatan.

Komen