#100Hari100Aktiviti – Baca Buku Sekurang-Kurangnya 10 Muka Surat Setiap Hari

Membaca buku adalah satu hobi dan aktiviti yang baik. Topik-topik seperti perniagaan, falsafah, pengetahuan umum dan lain-lain adalah karya yang sangat berguna dalm membantu anda mendalami sesuatu bidang.

Membaca tentang naik turunnya orang-orang yang berjaya dan memberi inspirasi dapat memberikan dorongan yang sangat diperlukan pada sesuatu masa. 

person holding book sitting on brown surface

Dengan kesibukan dan tanggungjawab dalam kehidupan seharian, sudah tentu anda tidak mempunyai banyak masa untuk diri anda. Jadi, soalan pertama berapa kerap anda meluangkan masa untuk melakukan sesuatu untuk diri sendiri, tanpa gangguan? Jika pernah, apa yang selalu anda lakukan pada waktu itu?

Apabila kita meluangkan masa untuk fokus pada diri kita sendiri, kita melepaskan tekanan dan kegelisahan, kita dapat menenangkan kondisioner tubuh kita untuk melepaskan segalanya sekaligus membuatkan kita lebih tenang untuk keesokan harinya.

Salah satu perkara yang boleh anda lakukan untuk diri anda termasuk membaca buku. Ia adalah cara terbaik untuk mengembangkan imaginasi dan kemahiran baru anda. Sifat-sifat ini akan membantu meningkatkan kualiti hidup anda dan orang-orang di sekeliling anda. Jadi hari ini, Tajria ingin mengajak anda untuk membaca sekurang-kurangnya 10 muka surat sehari.

Baca 10 muka surat buku sebelum memulakan hari anda.

Kebiasaannya, anda akan bangun, melihat notifikasi di telefon pintar dan kemudian baru bangkit dari katil dan minum segelas air. Cuba anda tukar rutin ini dengan menulis 3 perkara yang saya bersyukur pada hari ini dan mula membaca 10 muka surat buku. 

Sebilangan besar orang selesai membaca 10 halaman dalam masa 15 minit. Dan jika anda melakukan perkara pertama pada waktu pagi, maka waktu bukanlah satu halangan.

person picking white and red book on bookshelf

Bagaimana anda menghabiskan jam pertama hari anda?

Saya bukanlah orang yang selalu bangun pada pukul 5 pagi setiap hari dengan buku di tangan. Semestinya untuk menjadi orang yang membaca pagi memerlukan komitmen dan beberapa persiapan.

Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh dilakukan untuk mula membaca pagi:

Bangun pada waktu yang sama setiap hari.

Pilih buku yang menarik perhatian anda. Kaedah ini nampak mudah, tetapi ini adalah salah satu bahagian yang paling kritikal untuk menjadikan keseluruhan proses ini menyeronokkan.

Tukar format pagi anda.

Ketiga-tiga kaedah ini sedikit sebanyak boleh membawa kepada perubahan baru sebelum menuju ke tahun 2021. Sudah tentu ia kelihatan seakan biasa dan belum tentu boleh mempengaruhi hidup anda. Namun, 10 muka surat ini bukan sahaja boleh memberikan nafas baru dalam rutin pagi anda, malah ia juga membantu menukar cara permikiran harian anda mengikut keadaan sekeliling.