Carian
Mengapa Nyamuk Menghisap Darah Manusia?
October 2, 2020 Lina Rosli

Mengapa Nyamuk Menghisap Darah Manusia?

Tidur malam pasti terganggu apabila nyamuk mendarat di kulit anda. Ia akan memakan darah dan meninggalkan protein di dalam air liurnya setelah darah habis disedut.

Sistem kekebalan tubuh anda melihat ini adalah ancaman dan mengeluarkan histamin iaitu tindak balas yang sama terhadap alergen untuk menyerang protein ini.

Sekaligus, ia akan menghasilkan gatal-gatal merah pada kulit yang sudah tentu menjadikan anda berasa tidak selesa. Walau bagaimanapun, bukan gigitan yang perlu anda bimbangkan, kesan gigitan juga perlu diambil kira.

Mosquito, Macro, Insect, Bug, Animal

Nyamuk dapat membawa pelbagai jenis penyakit seperti virus Zika, chikungunya dan malaria. Itulah sebabnya mencegah gigitan nyamuk harus menjadi keutamaan lebih-lebih lagi pada musim hujan ini yang mana nyamuk akan membiak di kawasan air bertakung dan pasu bunga lama.

Bagaimana Nyamuk Mengenalpasti Sumber Makanan?

Karbon dioksida (CO2) adalah perkara utama yang dicari oleh nyamuk untuk mengenalpasti sumber makanan. Apabila degupan jantung anda meningkat, badan anda menghasilkan lebih banyak CO2. 

Dari bersukan hingga makan makanan pedas, apa sahaja yang meningkatkan kadar metabolisme anda akan meningkatkan pengeluaran CO2 anda.

Cara Untuk Mengelakkan Gigitan Nyamuk

1. Elakkan daripada memakai wangian yang kuat

Nyamuk tertarik dengan aroma kuat yang hadir daripada pelbagai produk penjagaan diri. Hal ini kerana, nyamuk mungkin bingun dengan wangian dari bunga-bungaan, iaitu nektar sebagai sumber makanan utama mereka.

Jadi, untuk elak daripada magnet bagi nyamuk, buang barang yang berbau dan cuba gunakan lebih banyak produk berbau neutral yang tidak meninggalkan wangian yang tetap pada kulit anda.

Mosquito, Feeding, Silhouette, Skeeter

2. Kerap mandi dan jaga kebersihan pakaian anda

Nyamuk amat tertarik pada sebatian peluh manusia, jadi dengan kerap mandi dan mencuci pakaian anda secara berkala, anda akan menghilangkan asid laktik dan sebatian lain yang terdapat pada peluh manusia yang disukai oleh nyamuk.

3. Hapuskan tempat pembiakan nyamuk

  • Buang tempat tadahan air seperti baldi, penutup plastik, mainan, atau bekas lain yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk.
  • Bersihkan air pancut, kolam dan baki tanaman pasu sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk memusnahkan habitat nyamuk yang berpotensi.
  • Pastikan air kolam renang dirawat dan mempunyai aliran yang baik.

______________________________________________________________________

Selain itu, anda juga boleh menggunakan produk penghalau semula jadi nyamuk yang digunakan terus ke kulit. Sekiranya anda mempunyai kulit sensitif atau alahan kulit yang diketahui, anda juga boleh menggunakan sedikit krim pelindung matahari di bahagian yang kerap dapat gigitan nyamuk.

Komen