Nikmati Diskaun Sehingga 20 Peratus Di Sephora Pada Oktober Ini

Kini sudah tiba masanya untuk anda menambah semula produk dan koleksi kosmetik kegemaran anda. Anda boleh mendapatkan kesemua barangan yang anda mahukan pada harga yang lebih rendah. 

Pada bulan Oktober yang meriah ini, Sephora mengadakan jualan secara besar-besaran kepada semua pelanggan dengan tawaran diskaun sehingga 20 peratus. Antara produk kecantikan dan barangan yang boleh anda dapatkan termasuk Anastasia Beverly Hills, Fenty Beauty, MAC, Becca, DIOR dan bermacam-macam lagi pada harga yang lebih rendah menerusi diskaun yang diberikan.

Anda boleh mendapatkan diskaun 15 peratus tanpa perbelanjaan minimum sementara diskaun 20% untuk pelanggan yang telah melakukan transaksi pembelian sebanyak RM300.

Anda boleh membeli kesemua produk kegemaran anda di kedai atas-talian Sephora bermula 11 malam 7 Oktober 2020 sehingga 11.59 malam 10 Oktober 2020. Manakala untuk anda yang ingin berkunjung ke semua rangkaian fizikal Sephora, tawaran ini boleh dinikmati bermula 8 Oktober 2020.