Lina Rosli Diterbitkan 4 October 2020

Bahaya Menghidu Petrol – Ketahui Kesan Jangka Masa Pendek

Bahaya Menghidu Petrol – Ketahui Kesan Jangka Masa Pendek

Jika anda terdedah kepada petrol untuk tempoh yang lama tanpa sebarang alatan keselamatan, adalah wajar untuk anda mendapatkan bantuan kecemasan dengan segera.

Menelan dan menghidu petrol dapat menyebabkan pelbagai masalah pada organ vital. Hal ini termasuk anda mungkin mengalami gejala seperti:

  • kesukaran bernafas
  • sakit tekak 
  • hilang penglihatan
  • muntah dengan atau tanpa darah
  • najis berdarah
  • pening dan sakit kepala yang teruk
  • keletihan yang melampau
  • sawan atau kehilangan kesedaran
  • kegatalan atau keradangan kulit
red car refuelling

Bensin dan petrol sangat berbahaya untuk kesihatan kerana ia dikategorikan sebagai bahan beracun. Pendedahan kepada petrol sama ada melalui sentuhan fizikal atau penafasan boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Mengapa Ia Berbahaya?

Petrol adalah bahan bakar utama yang digunakan untuk membuat kebanyakan enjin kenderaan berfungsi. Komponen hidrokarbon petrol menjadikannya beracun. Hidrokarbon adalah sejenis bahan organik yang terdiri daripada molekul hidrogen dan karbon. Selain hadir sebagai bahan bakar, ia juga hadir di dalam beberapa perkara lain termasuk minyak motor, minyak tanah dan cat.

Bensin juga mengandungi metana dan benzena, yang merupakan hidrokarbon berbahaya. Salah satu risiko terbesar petrol boleh menyebabkan keracunan karbon monoksida. Jadi, itulah sebabnya anda tidak boleh menghidupkan kenderaan di kawasan tertutup, seperti garaj.

Mengepam petrol ke tangki petrol anda pada amnya tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, pendedahan cecair secara tidak sengaja boleh membahayakan kulit anda.

Kesan Petrol Pada Kesihatan

Bensin boleh menjejaskan kesihatan anda dalam bentuk cecair dan gas. Menelan petrol dapat merosakkan bahagian dalam badan anda dan menyebabkan kerosakan kekal pada organ utama. Sekiranya seseorang menelan sejumlah besar petrol, ia boleh menyebabkan kematian.

Apabila anda menghidu asap petrol, ia mengalir dari paru-paru ke aliran darah dan kemudian ke otak. Di sana ia melambatkan aktiviti otak dan menekan sistem saraf sekaligus boleh menyebabkan anda berasa euforia, pening serta hilang deria rasa.

Bukan itu sahaja, keracunan karbon monoksida kini juga dilihat semakin membimbangkan. Lebih-lebih lagi sejak peningkatan kes kematian akibat tidur di dalam kereta dalam keadaan enjin terbuka. Karbon monoksida tidak kelihatan dan tidak berbau, jadi anda mungkin menghidunya dalam jumlah besar tanpa menyedarinya. Ini boleh menyebabkan kerosakan otak kekal dan bahkan kematian.

Untuk jangka masa panjang, ia akan mengurangkan prestasi paru-paru anda. Bukan itu sahaja, ia juga dikatakan akan meningkatkan risiko penyakit barah jika anda kerap terdedah dengan diesel dan petrol.

Sumber: Fox News, Medical News Today