Carian
Telan Gula-Gula Getah – Adakah Ia Berbahaya?
October 5, 2020 Lina Rosli

Telan Gula-Gula Getah – Adakah Ia Berbahaya?

Seperti yang anda sedia maklum, gula-gula getah atau chewing gum bersifat anjal dan dicipta untuk dikunyah. Gula-gula getah merupakan sejenis makanan yang perlu dikunyah dalam tempoh masa tertentu yang mana biasanya sekitar 20 minit.

person holding a candy pack on white plastic box

Gula-gula getah diperbuat dari bahan semula jadi atau sintetik, bahan pengawet, perasa, dan pemanis. Terdapat dua jenis gula-gula getah iaitu jenis bergula seperti sukrosa dan juga tidak bergula tetapi mempunyai pemanis tiruan seperti sorbitol dan xylitol.

Apa terjadi jika anda tertelan gula-gula getah?

Semestinya, anda tidak digalakkan untuk menelan gula-gula getah tersebut. Namun, anda tidak perlu risau jika anda tertelan satu yang dikunyah.

Menurut ahli gastroenterologi pediatrik di Sydney Children Hospital Nitin Gupta, bagi kebanyakan orang, menelan gula-gula getah tidak menjadi masalah melainkan jika anda melakukannya berulang kali dalam jangka masa yang panjang.

Dia mengatakan struktur atau keadaan usus tidak melekit menjadikan gula-gula getah mudah bergerak bersama dengan hempedu, enzim pankreas dan cecair lain.

Secara amnya, tahap utama penguraian produk mengambil masa 30 minit sehingga 6 jam. Manakala untuk proses penghadaman dan membuang sisa najis pula memerlukan waktu sekitar 20 hingga 40 jam bergantung kepada makanan yang diambil.

Jadi, sekiranya anda menelan sejumlah besar gula-gula getah dalam jangka masa yang singkat, ia berpotensi menyebabkan usus anda tersumbat. Apabila berlaku komplikasi yang lanjut mengenai hal ini, ia mungkin akan memerlukan pembedahan untuk membuangnya dari saluran pencernaan anda.

Gejala Apabila Gula-Gula Getah Tersumbat Dalam Sistem Pencernaan

Antara gejala yang mungkin anda alami termasuk:

  • sakit perut
  • sembelit
  • kadangkala disertai dengan muntah.

Tidak dinafikan terlalu banyak kontroversi mengatakan gula-gula getah yang  yang ditelan akan duduk di dalam perut anda selama tujuh tahun sebelum dapat dicerna.

Untuk pengetahuan anda, memang benar bahawa badan anda tidak dapat mencerna gula-gula getah. Namun, ia tidak tinggal di perut anda. Ia akan bergerak secara utuh melalui sistem pencernaan secara peristaltik dan dikeluarkan di dalam najis anda.

Harus diingatkan bahawa kanak-kanak tidak boleh mengunyah gula-gula getah sehingga mereka memahami untuk tidak terus menelannya.

Sumber: MyHealth, Healthline

Komen