Carian
#100Hari100Aktiviti – Ubah 3 Tabiat Ini Sewaktu Membeli-Belah Secara Atas Talian
October 5, 2020 Lina Rosli

#100Hari100Aktiviti – Ubah 3 Tabiat Ini Sewaktu Membeli-Belah Secara Atas Talian

Semenjak era teknologi e-dagang berkembang pesat, tabiat perbelanjaan secara atas-talian juga dilihat meningkat dengan sangat mendadak.

Hal ini mungkin disebabkan kekerapan masa yang diluangkan di hadapan gajet semakin meningkat selain tawaran diskaun atau promosi yang dilakukan oleh setiap jenama yang turut menggalakkan transaksi atas-talian dilakukan.

black smartphone with no online shopping today text

Bagi menggelakkan tabiat ini dibawa ke tahun 2021, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda beberapa tabiat yang perlu diubah dan digantikan dengan sesuatu yang lebih positif.

Elak Jadikan ‘Gift For Dearself‘ Sebagai Tabiat Setiap Bulan

Tukar: Satu Atau Dua Bulan Tanpa Berbelanja

Apabila masuk bulan baru, pasti anda akan panas tangan untuk membeli-belah dan berbelanja untuk diri sendiri. Ia bukanlah satu perkara yang buruk, namun ia tidak sihat untuk dilakukan setiap bulan. 

Oleh itu, saya sarankan untuk mematikan tabiat berbelanja selama sebulan atau dua bulan. Perubahan secara beransur-ansur selalunya lebih berkesan dan berterusan dalam jangka panjang. Anda juga boleh berhenti melanggan newsletter untuk produk dan aplikasi yang kerap anda melakukan pembelian.

Tidak Mengehadkan Bajet Perbelanjaan

Tukar: Bajet,bajet,bajet

Kadangkala, ramai orang tidak menyedari betapa pentingnya untuk menetapkan bajet perbelanjaan setiap bulan. Hal ini sekaligus boleh menyebabkan perbelanjaan bulanan yang berlebihan.

Solusinya, mula menyenaraikan dan menulis keperluan yang diperlukan untuk mengira dan menetapkan bajet bulanan. Asing dan letakkan dalam kategori untuk kos bulanan yang penting dan tidak penting. Dengan ini, anda akan mendapat gambaran yang cukup tepat mengenai berapa banyak yang biasanya anda belanjakan.

Beli Semua Barangan Dalam Satu Masa

Tukar: Satu Barang Satu Masa

Tidak dinafikan, jika anda lihat trend aplikasi e-dagang, ia hadir dengan satu algoritma yang akan menarik anda untuk tetap menatal dan menambah barangan satu demi satu sehingga penuh shopping cart.

Sudah semestinya tidak salah untuk anda meletakkan barangan yang anda inginkan di dalam bakul. Namun, anda perlu memastikan semuanya tidak dibeli pada satu-satu masa. Ia bagi mengelakkan belanja bulanan anda melebihi bajet yang ditetapkan.

________________________________________________________________________

Dengan ini dapat disimpulkan bahawa anda perlu bijak dalam mengurus perbelanjaan anda tidak kira melalui kedai fizikal atau platform atas-talian. Selain itu, anda juga boleh mempertimbangkan kepentingan sesuatu item atau barangan sebelum anda meneruskan pembelian. Di harap dengan perkongsian ini dapat membantu anda berbelanja secara bijak. Selamat mencuba!

Komen