Samsung Jet 90 Premium Dan Smart Air Purifier – Rumah Sihat, Bersih Dan Bebas Pencemaran
Sebagai ibu, bapa atau penjaga kepada rumah anda, memastikan rumah dan keluarga sentiasa sihat dan bersih adalah tugasan yang agak sukar. Tambahan lagi bagi anda yang perlu membahagikan waktu antara kerjaya dan keluarga, sudah tentu ia memerlukan tenaga dan keupayaan yang maksima untuk melaksanakan kesemuanya dalam satu masa.
Bercakap mengenai rumah bersih dan bebas pencemaran, ia bukan sekadar kotoran fizikal yang boleh dilihat dengan mata kasar, ia juga merangkumi udara dan habuk yang tidak bersih yang memasuki rumah melalui tingkap dan pintu terbuka.

Jadi untuk memastikan rumah atau ruang peribadi anda sihat, bersih dan selamat, ini adalah beberapa cara atau langkah yang boleh anda praktikkan.
Elakkan daripada membawa kotoran ke rumah anda. Seperti yang anda ketahui, di sekeliling anda terdapat banyak zarah dan partikel debu yang halus yang tidak boleh dilihat. Ia melekat dan bertapak tidak kira di baju, di kasut di beg tangan atau di mana-mana sahaja. Oleh itu, biasakan diri anda mencuci tangan dan menukar pakaian sebaik sahaja tiba di rumah, sebelum duduk di sofa atau tempat tidur untuk berehat.
Utamakan kebersihan di tempat yang paling kotor di rumah. Sudah semestinya tempat yang paling kotor adalah di tandas dan dapur, namun perlu diingatkan lantai juga adalah kawasan yang paling banyak terdedah dengan habuk, bulu haiwan, dan alergen lain yang terkumpul. Jadi, pembersihan lantai setiap hari adalah sangat digalakkan bagi memastikan ia bersih dan bebas pencemaran.

Terhadkan tempoh rumah anda terdedah kepada udara luar. Tidak salah untuk memberikan rumah anda ruang pengudaraan yang semulajadi. Namun, penumpukan debu dan habuk akan menjadi sangat banyak jika anda kerap membuka pintu dan tingkap rumah. Lebih-lebih lagi jika ruang dirumah anda sarat dengan permaidani, ia memerlukan pembersihan yang lebih kerap dan komprehensif sekurang-kurangnya dua kali seminggu, kerana serat permaidani dapat memerangkap habuk, kotoran dan alergen dengan sangat baik.
Solusi Kepada Pencemaran Udara Di Rumah: Samsung Jet 90 Dan Smart Air Purifier
Samsung Jet adalah pembersih vakum nirwayar yang hadir dengan tahap kecekapan tenaga yang tinggi. Ia juga membawakan sistem Penapisan HEPA lima lapisan yang direka untuk menangkap sehingga 99,999% zarah habuk mikro, termasuk zarah dan alergen bersaiz 0.3 ~ 10μm untuk melindungi kesihatan penggunanya.
Bukan itu sahaja, dengan rekaannya seakan tongkat dan nirwayar, ia adalah lebih mudah dikendalikan selain mampu mencapai sudut bilik yang sukar dijangkau. Selain itu, kuasa penyedutan juga boleh digandakan dengan menggunakan ciri Spinning Sweeper.

Pembersih Udara Samsung iaitu Samsung Smart Air Purifier pula hadir untuk membantu memerangi alergen bermusim dan menjadikan udara lama kembali segar. Pembersih udara ini mempunyai tiga penapis yang berbeza untuk menawarkan sistem pembersihan berlapis yang hadir untuk menangkap zarah-zarah bawaan udara, gas berbahaya dan menghalang penyebaran bakteria.
Menarik mengenai Samsung Smart Air Purifier, anda juga boleh mengawal kualiti udara dalaman dari jauh menggunakan aplikasi SmartThings.
Bagi yang berminat, Samsung Jet 90 Premium boleh didapati pada harga RM3599, sementara Samsung Smart Air Purifier (60 m2) tersedia pada harga RM1599.