Berapa Kerap Perlu Anda Memakai Topeng Pelembap Muka? Ketahui Apa Itu ‘Over-Masking’
Sama ada anda ingin membuang tompok kering atau mengurangkan jerawat, tujuan utama topeng pelembap muka adalah untuk menambah dan memberikan bahan-bahan yang diperlukan ke dalam kulit dalam waktu yang singkat. Oleh sebab itu, anda disarankan untuk memakainya sekitar 5 hingga 10 minit.
Memakai topeng ini melebihi masa yang ditetapkan atau terlalu kerap boleh menjadikan kulit anda menjadi lebih teruk dan berbahaya untuk kulit.

Perkataan atau definisi ‘over-masking’ ini dihasilkan oleh pakar dermatologi dari Waterhouse Young Clinic di London. Ia menunjukkan gejala seperti kemerahan, jerawat, gatal-gatal, kulit terbakar, kulit kering dan mengelupas.
Over-masking ini berlaku apabila anda menggunakan atau memakai sesuatu topeng muka untuk tempoh masa yang lama dan juga terlalu kerap sehingga mengakibatkan gangguan pada kulit. Apabila penghalang kulit terganggu, ia mungkin mengalami sejumlah perubahan negatif selain boleh menyebabkan masalah dengan ruam wajah, seperti dermatitis kontak atau eksim.
Penggunaan Topeng Muka Yang Optimum
Untuk kulit yang sangat sensitif, anda disyorkan menggunakan topeng seminggu sekali dan memastikan ramuannya sesuai untuk masalah kulit anda.
Topeng penghidratan boleh digunakan sekitar dua kali seminggu, tetapi topeng pengelupasan, pencerah, atau anti-penuaan harus digunakan antara 1 hingga 2 kali seminggu.

Anda boleh melakukan kaedah multi-masking iaitu dengan menggunakan topeng muka yang berbeza ke kawasan tertentu yang mensasarkan masalah kulit individu. Contohnya, tumpukan topeng asid salisilat pada kawasan yang mempunyai bintik hitam, manakal topeng penghidratan yang mengandungi bahan seperti asid hyaluronik dan gliserin di tempat yang kering dan kusam.
________________________________________________________________________
Pastikan anda menggunakan dan mendapatkan topeng muka dengan rejimen perawatan kulit yang baik selain memfokuskan untuk mengatasi masalah kulit anda dengan lebih tepat.
Sumber: Bioelements, Healthline