Carian
Maybank Kini Membawakan Aplikasi MAE – Ciri Perbankan Digital Terbaru
October 8, 2020 Lina Rosli

Maybank Kini Membawakan Aplikasi MAE – Ciri Perbankan Digital Terbaru

MAE adalah singkatan kepada Maybank Anytime, Everyone. Melaluinya, ia menawarkan sokongan perbankan digital untuk memudahkan transaksi nirtunai oleh pengguna. Menggunakan MAE, ia membantu menguruskan penggunaan wang harian dan juga ditawarkan secara menyeluruh dalam konteks pengurusan kewangan berbeza dengan akaun bank Maybank biasa.

Selain daripada membuat pembayaran di peruncit, pengguna turut boleh mendapatkan tawaran promosi, membeli tiket wayang dan juga tiket bas dan penerbangan dan banyak lagi.

Menerusi aplikasi MAE by Maybank2u juga, ciri Expenses dan Tabung juga diperkenalkan. Ia bagi menyemak perbelanjaan dan transaksi pengguna dan membantu dalam menetapkan simpanan di dalam aplikasi dengan lebih efisien. Selain itu, aplikasi ini membawakan kemudahan dalam membantu pengguna memilih tempat makan sambil mengumpul ganjaran dan promosi di bawah ciri Food – Roda Makan Mana.

Bagi yang berminat, anda boleh membuat permohonan kad debit melalui aplikasi MAE. Setelah mendapat kelulusan, kad akan dihantar terus kepada pengguna. Anda juga boleh memuat turun aplikasi MAE By Maybank2u pada App Store dan Google Play.

Komen