Minyak adalah bahan yang penting dalam memasak. Dari menumis sayur hingga menggoreng ayam, minyak mempunyai peranan penting dalam proses menyediakan hidangan.

Jadi, apabila ia merupakan elemen yang kerap digunakan, sudah tentu kebanyakan suri rumah atau individu akan berusaha untuk menjimatkan pembuangan minyak dengan menggunakannya berulang kali selama beberapa minggu dan bulan. Menggunakan semula minyak masak boleh mengubah sebatian kimianya, sehingga menjadikannya lebih berbahaya bagi tubuh. 

brown and black food on black pan

Menurut buku Diet & Nutrition, A Holistic Approach oleh Rudolph Ballentine, pemanasan berlebihan atau menggunakan semula minyak mengubah tekstur lemak dan menyebabkan polimerisasi. Ia bermaksud bahawa struktur molekul lemak telah diubah sekaligus membentuk sebatian baru yang akan dikendalikan oleh badan secara berbeza dan boleh dikategorikan agak berbahaya.

Apa Yang Berlaku Apabila Anda Menggunakan Minyak Yang Sama Untuk Memasak Berulang-Lagi?

Menurut pakar pemakanan, minyak masak tidak boleh digunakan lagi kerana ia menjadi akan tengik dan meningkatkan asid trans-lemak yang sangat berbahaya bagi kesihatan anda.

Semasa anda menggunakan semula minyak, minyak ini akan menghasilkan radikal bebas yang berbahaya bagi tubuh dalam jangka masa panjang. Radikal bebas ini boleh menjadi karsinogenik, yang boleh merosakkan tubuh anda. Menggunakan semula minyak juga dikaitkan dengan peningkatan kadar kolesterol buruk dalam tubuh dan akhirnya akan menyekat saluran arteri. Sebilangan bahaya kesihatan yang lain mungkin termasuk keasidan, sakit tekak dan sakit jantung.

sliced bread on black charcoal grill

Berapa Kali Maksima Anda Boleh Menggunakan Kembali Minyak Masak?

Tidak ada kadar jumlah yang tertentu berapa kali anda boleh menggunakan semula minyak. Hal ini kerana, ia bergantung pada faktor seperti mana minyak tersebut yang digunakan, berapa lama minyak itu dipanaskan, apakah itu digunakan untuk menggoreng serta jenis makanan apa yang dimasak di dalamnya.

Berikut adalah beberapa kaedah untuk membantu anda menggunakan semula minyak dengan selamat:

1. Pastikan minyak sisa dari memasak atau menggoreng disejukkan dan kemudian dipindahkan ke dalam bekas kedap udara dan disaring terlebih dahulu. Ini akan mengeluarkan zarah makanan di dalam minyak kerana minyak merosakkan lebih cepat daripada yang dijangkakan.

2. Pastikan anda memeriksa minyak setiap kali sebelum menggunakan semula warna dan ketebalannya. Sekiranya warnanya gelap dan berminyak / melekit daripada biasa, inilah masanya untuk menukar minyak.

Perkara lain yang perlu diingat ialah tidak semua minyak sama. Sebahagian daripadanya mempunyai titik asap atau smoking point yang tinggi iaitu boleh digunakan untuk menggoreng. 

Minyak seperti minyak bunga matahari, minyak soya, bijan, mustard dan minyak canola mempunyai titik asap yang tinggi. Namun, minyak zaitun hanya boleh digunakan untuk menumis kerana ia tidak boleh digunakan untuk hidangan yang melibatkan suhu tinggi. Oleh itu, pastikan anda tidak menggunakan minyak yang salah untuk memasak atau menggoreng.

Sumber: The Health Site, Food-ndtv

Lihat profil
Lina Rosli

792 artikel di Tajria.