Carian
Pengambilan Garam Berlebihan – Punca Mata Bengkak Dan Sembap?
October 9, 2020 Lina Rosli

Pengambilan Garam Berlebihan – Punca Mata Bengkak Dan Sembap?

Ramai yang mengatakan bahawa punca mata bengkak dan sembap adalah disebabkan kurang tidur dan keletihan. Hakikatnya, kedua-dua perkara ini tidak mempunyai kaitan yang kukuh untuk menjadikan alasan mata anda bengkak.

Kulit di bawah mata anda berbeza yang mana ianya dilihat lebih nipis berbanding bahagian lain. Bukan itu sahaja, saluran darah juga adalah lebih dekat di permukaan. Jadi, apabila saluran darah mengembang dan melebar, ia akan memberi kesan yang besar kepada mata.

woman's face

Walaupun ia sering menjadi tanda kekurangan tidur, ternyata ada sebab lain yang menjadikan mata anda sedemikian. Antara faktor yang mempengaruhi keadaan mata anda termasuk alergi, eye strain, dehidrasi dan pigmen bawah mata yang berlebihan.

Bukan itu sahaja, pengambilan garam berlebihan juga menyebabkan mata menjadi sembap.

Terlalu banyak garam dalam makanan menjadikan pertambahan kuantiti natrium yang boleh menjadikan badan anda mengekalkan air. Lebihan air menyebabkan bengkak di wajah dan badan yang biasa berlaku pada waktu pagi.

Kulit nipis di sekitar mata anda berisiko lebih tinggi untuk bengkak. Ini menyebabkan pembengkakan di bawah mata atau munculnya kantung bawah mata. 

Oleh sebab itu, jika anda perasan di kebanyakan cerita Korea atau K-Drama, mereka akan mengatakan bahawa mata mereka bengkak selepas mengambil mi segera pada waktu malam. Perencah mi segera mengandungi jumlah garam yang tinggi. Jadi, dengan mengehadkan dan mengelakkan makanan yang diproses dan dibungkus sebelum tidur dapat mengurangkan kesan bengkak. 

Jika anda mengambilnya sebelum tidur, minum banyak air akan membantu membuang natrium. Anda juga boleh mengambil pisang, yogurt dan kentang untuk mengurangkan kantung bawah mata.

Mengapa Mata Bengkak Selepas Menangis?

Jadi mengapa mata menjadi bengkak setelah menangis? Ini kerana garam dalam air mata menyebabkan pengekalan air dan pembengkakan di sekitar mata kita. Lebih banyak darah juga mengalir ke seluruh kawasan muka, menyebabkan muka tegang, merah, bengkak seiring dengan reaksi fisiologi yang sama dengan “Fight or Flight”.

Semua air mata dihasilkan oleh kelenjar lakrimal, yang terletak tepat di atas mata anda. Jadi, apabila mata anda mengeluarkan banyak air mata, sistem lakrim anda tidak dapat bertahan. Mata mula membengkak apabila air mata mengalir melalui membran semipermeabel ke dalam tisu di sekitar mata anda untuk mengimbangi kepekatan garam di kedua-dua belah pihak. Ini menyebabkan mata anda kelihatan bengkak dan akan bertambah buruk ketika anda menggosoknya semasa anda menangis.

Sumber: Self, Indiana Public Media

Komen