Lina Rosli Diterbitkan 12 October 2020

Milani Cosmetics Membawakan 5 Produk Terbaru Luxe For Less

Milani Cosmetics Membawakan 5 Produk Terbaru Luxe For Less

Jika anda lihat di pasaran, terdapat pelbagai barisan produk yang hadir dalam pelbagai jenis formula dan pembungkusan. Tidak ketinggalan, Milani Cosmetics kini memperkenalkan lima produk terbaru di bawah rangkaian Luxe For Less.

Ia hadir dengan pembungkusan yang kelihatan mewah dan bergaya selain hadir dengan pilihan warna dan formulasi berkualiti tinggi. Bukan itu sahaja, kesemua produk ini turut ditawarkan pada harga yang berpatutan.

Antara produk yang diperkenalkan termasuk Conceal + Perfect Foundation. Ia membawakan cecair yang menutup ruang pori di muka dengan penuh dan sempurna tanpa cela. Dengan formula terbaru ini, ia menjadikan kulit dengan kemasan yang cantik secara semula jadi

Conceal + Perfect Foundation 2 Dalam 1 ini boleh didapati pada harga RM55.25 sebuah.

Jenama ini turut memperkenalkan pemerah pipi yang dinamakan Baked Blush. Ia hadir dengan pilihan warna matte dan kilauan yang sangat berpigmen.

Baked Blush ini boleh didapati pada harga RM45.80

Bukan itu sahaja, bagi anda yang masih tercari-cari tetapan semburan yang tahan lama, Make It Last Setting Spray diperkenalkan dengan hasil berkualiti sekaligus menjadikan solekan bertambah berseri. Melaluinya, anda boleh mengurangkan ketidaksempurnaan pada solekan selain mampu mengunci untuk jangka masa panjang sehingga 16 jam.

Make It Last Setting Spray ditawarkan pada harga RM57.25

Strobelight Instant Glow Powder Highlighter pula merupakan serbuk yang memberikan penekanan untuk wajah anda. Ia menampilkan mutiara yang memantulkan cahaya untuk menentukan ciri anda dengan kecerahan hipnotis.

Strobelight Instant Glow Powder Highlighter dijual pada harga RM57.25

Akhir sekali, Keep It Full Lip Plumper merupakan lip gloss bertaraf tinggi yang mempunyai formula lembut, ringan dan tidak melekit serta berkrim. Bukan itu sahaja, ia berupaya untuk menghidrat dan menguatkan bibir.

Keep It Full Lip Plumper boleh didapati pada harga RM47.05

________________________________________________________________________

Bagi yang berminat, kesemua produk ini boleh didapati di semua kedai fizikal Watson atau anda juga boleh mendapatkannya secara atas talian di laman rasm Watson.