Kasut merupakan satu item yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Ia bukan sahaja digunakan untuk melindungi kaki dari anasir yang berbahaya bahkan turut dipakai bagi memberi keselesaan pada kaki.

Namun, ada satu perkara yang akan membuatkan aktiviti berjalan kaki anda menjadi tidak selesa, iaitu melepuh atau melecet. Kebiasannya, hal ini sering berlaku sewaktu memakai kasut baru atau kasut yang keras untuk tempoh masa yang lama. Ia adalah disebabkan oleh geseran yang konsisten terkena pada kawasan kaki anda.

grayscale photo of person wearing nike sneakers

Jadi, bagaimana untuk mengelakkan hal ini berlaku? Tajria akan berkongsi kepada anda cara mencegah gigitan kasut (shoe bite) di kaki anda, dan bagaimana memperbaiki kasut yang menyebabkan kaki melecet dan melepuh.

Kurangkan Geseran

Biasanya, kawasan yang paling sering melepuh atau melecet adalah tumit, bahagian sisi kaki dan juga bahagian atas jari kaki. Jadi, untuk langkah awal, anda boleh meletakkan halangan atau menyalutnya dengan span atau kain bagi mengurangkan geseran. 

Sekiranya anda tidak pasti di mana lokasi atau kawasan yang bermasalah, berjalanlah di sekitar rumah anda dengan kasut baru untuk mengenalpasti bahagian yang tidak selesa.

Pastikan Kaki Anda Sentiasa Lembap

Selain tu, untuk mengurangkan geseran, kelembapan adalah kunci utama untuk mengatasi masalah ini. Hal ini kerana, kulit kering akan menggosok lebih banyak daripada kulit yang terhidrat. Anda boleh menyapu losyen pelembap di kaki dan gunakan petroleum jelly sebagai contoh vaseline di tempat paling teruk untuk mengurangkan geseran.

Converse All Star Low Top Sneakers On Brown Wooden Surface

Regangkan Kasut Untuk Keselesaan

Gunakan pembentuk kasut kayu atau plastik semalaman untuk meregangkan kasut yang keras atau kasar. Untuk meregangkannya, anda juga boleh menggunakan pengering rambut untuk menambah sedikit regangan dan membantu kasut sesuai dengan kaki anda.

Pakai sepasang stoking tebal dan pasangkan kasut dengan selesa. Kemudian, cuba gunakan pengering rambut selama 20 hingga 30 saat pada kawasan yang ketat. Pastikan anda hanya meletakkan tahap panas pada kadar sederhana supaya ia tidak mengeringkan atau membakar kulit secara berlebihan. Sebaiknya gunakan perapi kulit atau pelembap pada kasut setelah anda menggunakan kaedah ini.

Minyak Untuk Lembutkan Kulit Kasut

Selain pembentuk kasut, anda juga boleh menggunakan minyak urut, minyak kelapa atau minyak zaitun. Tuangkan sedikit minyak ke dalam pinggan kecil yang bersih. Balut dua jari dengan kain bersih atau t-shirt koyak. Kemudian, celupkan jari yang dibalut ke dalam minyak dan biarkan lebihan menetes. Seterusnya, bawa tangan anda ke permukaan kasut kulit yang bersih dan gosokkan minyak ke permukaan kasut dengan gerakan bulat yang lembut.

Setelah menggunakan satu lapisan, biarkan meresap ke dalam kasut dengan sempurna. Bergantung pada kasut anda, anda mungkin perlu menunggu beberapa jam atau sehari penuh sebelum meletakkan lapisan yang lain. Sekiranya anda dapat melihat kasut anda masih berminyak, atau terasa berminyak ketika disentuh, biarkan sehingga minyak selesai diserap.

Sekiranya anda bimbang tentang kesan minyak tertentu pada warna atau ketahanan kasut, pertimbangkan untuk menggunakan perapi kulit dan bukannya minyak.

Pilih Saiz Dan Model Kasut Yang Bersesuaian

Sekiranya anda membeli kasut baru untuk berjalan-jalan atau berlari, ia mungkin akan memberikan kesan melepuh kerana kaki anda masih belum terbiasa dengan keadaan kasut tersebut. Oleh itu, pastikan anda mendapatkan kasut yang sesuai agar tumit anda tidak tergelincir dan jari kaki anda tidak menggosok di bahagian depan kasut. 

Saiz kasut yang besar mungkin akan menyebabkan kaki anda bergerak dan geseran dengan lebih kerap. Jika berlaku sedemikian, anda boleh menambah inci yang terlebih dengan memakai stokin yang lebih tebal.

_______________________________________________________________________

Bagi anda yang sering mengalami kaki melepuh atau melecet disebabkan kasut, anda mungkin boleh melakukan lima langkah ini bagi menghindarinya. Atau anda juga mungkin anda teknik lain yang turut boleh dikongsikan bersama Tajria. Selamat mencuba!

Lihat profil
Lina Rosli

667 artikel di Tajria.