Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai PKPB – Dari 14 Oktober Sehingga 27 Oktober
Terkini, Menteri Keselamatan Negara telah mengumumkan yang mana Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda ketahui dan ingati mengenai PKPB:
- Hanya 2 orang sahaja dibenarkan di dalam kereta untuk keluar bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan dan keperluan rumah.
- Aktiviti sukan, taman rekreasi, sosial budaya dan majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan.
- Perkhidmatan teksi, seru-pandu dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi.
- Masjid, surau, rumah ibadat bukan islam, institut pengajian tinggi awam dan swasta, institut latihan kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz, pusat jagaan kanak-kanak ditutup.
- Pergerakan ke tempat kerja perlu mendapatkan surat dari majikan.
- Majikan hendaklah mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja bercuti atau bekerja dari rumah.
- Semua kegiatan ekonomi, industri dan perkilangan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.
Berikut adalah beberapa perkara dan panduan yang perlu anda ikuti bagi memastikan keselematan diri dan orang sekeliling terjamin. Pastikan anda peka dengan arahan yang telah dikeluarkan pihak kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa yang lain sepanjang tempoh PKPB berlangsung.