#100Hari100Aktiviti – Berhenti Buat Senarai ‘To-Do’ Menggunakan Aplikasi Mudah Alih
Sesetengah orang gemar untuk membuat senarai ‘to-do’ yang lazimnya mengumpul dan menyenaraikan perkara yang ingin dan akan dilakukan. Ia bagi membantu anda menyusun dan mengurus masa dengan lebih dan sistematik.
Menurut pakar kognitif Daniel J Levitin dalam bukunya yang berjudul Organized Mind: Thinking Straight in the Age of Information Overload, manusia hanya dapat memperhatikan tiga atau empat perkara dalam satu masa, jadi menuliskan tugas yang kita rancangkan untuk selesaikan. Hal ini bagi mengelakkan anda daripada terlupa atau leka. Bukan itu sahaja, ia juga melatih kognitif anda untuk lebih peka.

Walaupun cara ini baik untuk otak anda, namun praktik ini masih lagi tidak jelas untuk sebilangan individu. Mengapa?
Jika kita lihat dalam era teknologi masa kini, terdapat banyak aplikasi peringatan dan nota yang boleh anda muat-turun untuk menyimpan senarai to-do anda secara harian, mingguan, bulanan dan tahunan.
Tidak dinafikan telefon pintar untuk bertindak sebagai kedai memori, tetapi anda tidak dapat mencari maklumatnya atau menerima maklumat dengan efisien melaluinya. Dengan kata lain, jika anda menggunakan aplikasi Peringatan untuk beberapa deadline tugasan atau emel yang perlu dijawab, anda akan terkeliru dengan apa yang perlu anda lakukan terlebih dahulu. Bukan itu sahaja, anda pasti akan tabiat untuk melangkau atau snooze sesuatu perkara sehingga membuatkan anda terlepas pandang.

Mengapa Senarai To-Do Lebih Baik Ditulis Di Buku Berbanding Aplikasi Di Telefon Pintar?
Hal ini kerana, telefon pintar tidak akan memberikan isyarat atau notifikasi yang jelas berdasarkan persekitaran anda. Walaupun paparan notifikasi diberikan, anda masih perlu menyemak dan mengingatnya dengan usaha kecuali jika anda menetapkan telefon anda untuk berpadu untuk setiap tugas.
Secara kognitif, berbanding menerusi telefon pintar, melihat senarai tugasan di sebelah papan kekunci di meja atau di buku tulis anda adalah lebih berkesan. Anda lebih mudah untuk mengakses senarai tanpa gangguan jika dibandingkan dengan membuka aplikasi di telefon, anda pasti akan terganggu dengan paparan notifikasi lain.
Jadi, berhenti tulis senarai ‘to-do’ di aplikasi mudah alih dan mari bertukar ke penulisan di buku. Selamat mencuba!