Puma Kini Di LazMall – Nantikan Promosi Khas Pada 14 Oktober Ini
Berita gembira untuk peminat barangan sukan berjenama PUMA. Anda kini boleh mendapatkan kelengkapan dan keperluan anda di LazMall bermula 14 Okotber 2020 ini.
PUMA mengumumkan bekerjasamanya dengan Lazada Malaysia untuk melancarkan semula kedai utamanya di pusat membeli-belah maya terbesar di Asia Tenggara, Lazada.

Bagi meraikan pelancaran semula PUMA di LazMall, peminat jenama ini boleh menikmati pelbagai diskaun dan promosi khas yang akan berlangsung pada 14 sehingga 16 Oktober 2020.
Antaranya, anda boleh mendapatkan potongan hingga 60 peratus untuk item terpilih dan juga menikmati potongan 10 peratus dan 30 peratus tambahan apabila membeli dua dan tiga item di LazMall. Di samping itu, jenama ini juga turut menyediakan bekalan PUMA bernilai satu tahun untuk pembelian terbanyak sepanjang tempoh kempen.
Anda juga berpeluang memenangi baucar tunai dan produk PUMA bernilai sehingga RM60,000 menerusi acara siaran langsung khas di LazLive pada 14 Oktober ini. Akhir sekali, penghantaran percuma turut diberikan untuk pembelian sepanjang tempoh kempen berlangsung.