Carian
Berapa Lama Tempoh Hayat Bateri Kereta – Paras Minima Kapasiti Bateri
October 13, 2020 Lina Rosli

Berapa Lama Tempoh Hayat Bateri Kereta – Paras Minima Kapasiti Bateri

Kebanyakan pengeluar pada masa kini menawarkan waranti hingga sekurang-kurangnya setahun setengah hingga 2 tahun. 

Tahukah anda bahawa terdapat dua jenis bateri untuk kereta iaitu, bateri basah dan bateri kering. Jangka hayat untuk bateri basah boleh mencecah 3 hingga 4 tahun manakala bateri kering pula sehingga 2 tahun.

Untuk bateri basah, pemilik kereta perlu sentiasa memantau keadaan air bateri. Pastikan ia berada pada paras yang normal. Sekiranya air bateri berada pada paras yang rendah, segera tambahkan air bateri. Hal ini kerana, jika ia dibiarkan lama, plat plumbum akan kering.

Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Bateri Kering?

Bateri kenderaan akan mengalami susut kuasa selepas kerap digunakan untuk menghidupkan enjin, mengaktifkan segala perkakasan elektronik kenderaan, menyalakan lampu dan pelbagai sistem lain lagi. Walau bagaimanapun, bateri kenderaan juga sentiasa dicas secara tetap ketika memandu dengan menggunakan komponen dinamakan alternator.

Sama seperti semua bateri lain, keupayaan bateri kenderaan akhirnya akan mengalami degradasi apabila ia akhirnya jadi semakin lemah dan perlu diganti baharu.

Anda disarankan menukar bateri baharu apabila kuasa bateri sudah merosot kepada 40 peratus dan ke bawah. Elakkan daripada menggantinya apabila bateri anda benar-benar pada paras minima.

Beberapa faktor menentukan berapa lama bateri anda akan bertahan, seperti keadaan cuaca, jenis kenderaan dan tabiat memandu.

Bateri Lemah Atau Sebaliknya?

Apabila anda mengambil bacaan bateri kereta, ada 3 jenis bacaan berbeza yang perlu anda ambil.

  1. Volt Ketika Enjin Mati
  2. Volt Ketika Enjin Hidup
  3. Volt Ketika Enjin Hidup + Bebanan

Ketiga-tiga bacaan ini dilakukan untuk mengenalpasti kondisi bateri. Bateri kereta yang normal mempunyai caj 12V. Sekiranya bacaan bateri adalah kurang, ia bermaksud bateri anda dalam keadaan lemah. 

black and brown handle hand tool

Faktor yang menyebabkan bateri lemah termasuk terlupa tutup lampu, siren kereta hidup sepanjang malam dan juga alternator anda sudahpun tidak berfungsi dengan sempurna.

Ada keadaan bateri yang membolehkan anda untuk ‘jumpstart’ kereta, namun ada juga keadaan yang memerlukan anda untuk menukar bateri anda. Untuk menyemak kualiti bateri anda, matikan semula enjin dan semak bacaan bateri anda sekali lagi untuk memastikan sama ada bateri tersebut telah dicaj dan berada dalam keadaan yang baik. Sebagai contoh, jika anda telah mengecas semula bateri anda, namun ia masih lemah kereta anda perlu dibawa ke bengkel untuk informasi lanjut.

Sumber: Century Hybrid, Bateriku

Komen