Amalkan Kawalan Kendiri – Waktu Operasi Beberapa Perkhidmatan Sepanjang PKPB
Seperti yang yang diumumkan oleh kerajaan pada 12 Oktober lalu, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dilaksanakan di kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya yang berlangsung pada 14 Oktober 2020 sehingga 27 Oktober 2020.
Berikutan hal ini, terdapat beberapa SOP yang melibatkan aktiviti ekonomi di tiga kawasan ini yang mana perlu dipatuhi oleh seluruh individu yang terlibat.
Di bawah adalah senarai waktu operasi untuk perkhidmatan yang terlibat sepanjang tempoh PKPB:
Premis Makanan Dan Restoran
Semua sektor perniagaan makanan berpremis dibenarkan beroperasi berdasarkan SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
- Waktu Operasi : 6 pagi sehingga 10 malam
- Perkara yang perlu dipatuhi : 2 pelanggan untuk satu meja.
Sepanjang tempoh PKPB ini, masyarakat masih disarankan untuk menggunakan perkhidmatan pandu-lalu, pesanan secara atas-talian dan elakkan aktiviti yang memerlukan kontak fizikal (take-away).
Pasar
Aktiviti pasar awam, pasar borong, pasar tani dan pasar malam dibenarkan dibenarkan beroperasi.
- Pasar Harian (6 pagi hingga 2 Petang)
- Pasar Tani (6 pagi hingga 12 Tengahari)
- Pasar Malam (4 petang hingga 10 malam)
- Pasar Borong (4 pagi hingga 2 petang)
Walau bagaimanapun, pemantauan dari pihak berkuasa akan dilaksanakan bagi memastikan SOP dipatuhi.
Pengangkutan Awam
Perkhidmatan teksi dan seru pandu beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 12 malam. Bagi yang menggunakannya, hanya 2 penumpang dibenarkan untuk setiap perjalanan dalam satu masa.
Bas ekspres, bas henti-henti, LRT, MRT, Monorel dan KTM beroperasi seperti biasa.
Stesen Minyak
Bagi yang ingin mengisi minyak pula, waktu operasi untuk stesen minyak adalah 6 pagi sehingga 12 malam.
Walau bagaimanapun, stesen minyak di lebuhraya pula dibenarkan beroperasi sehingga 24 jam.
Perubatan Dan Kesihatan
Waktu operasi klinik dan hospital kerajaan dan swasta dibenarkan dibenarkan beroperasi selama 24 jam.
Manakala untuk farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 8.00 pagi hingga 11.00 malam.
Pendidikan
Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, kolej komuniti dan pusat pendidikan ditutup.
____________________________________________________________
Bagi perkhidmatan dan perniagaan yang dibenarkan beroperasi perlu memastikan operasi harian dilakukan mengikut syarat dan SOP yang diarahkan seperti melakukan pemeriksaan suhu badan, penjarakan fizikal, menggunakan pelitup mukan dan pemakaian sanitizer.