Lina Rosli Diterbitkan 14 October 2020

Benarkah Straw Logam Buruk Untuk Alam Sekitar?

Jika anda lihat, di kebanyakan restoran sudah mula menukar staw pakai buang kepada straw yang lebih tahan lama iaitu starw logam. Namun, pernahkah anda merasakan yang sebenarnya ada kebaikan dan keburukan untuk penggunaan straw logam ini kepada alam sekitar.

Straw Logam VS Straw Plastik

Melalui kempen larangan straw plastik yang dianjurkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ia sedikit sebanyak telah mengubah tabiat sesetengah individu di sekitar Malaysia.

Untuk memerangi berlakunya sisa plastik, straw logam telah diperkenalkan sebagai alternatif yang baik untuk menggantikan straw plastik dengan mempromosikannya sebagai “Straw Guna Semula” atau “Reuseable Straw”. Dengan ini, ia dapat membantu pengguna untuk menggunakkannya lebih daripada sekali.


Walau bagaimanapun, seperti produk lain yang diperbuat dari sumber semula jadi atau antropogenik, straw logam juga hadir bersama kos pembuatan dan perlupusan yang tinggi.

Straw logam ini memerlukan lebih banyak bahan dan tenaga untuk dihasilkan daripada satu straw plastik biasa.

Jika diteliti dengan lebih lanjut lagi, ramai individu atau pihak tidak menyedari bahawa mereka harus menggunakan beg hijau sekurang-kurangnya lebih daripada 100 kali untuk melihat perbezaan terhadap persekitaran.

Kadar Pelupusan Straw Logam Lebih Rendah Berbanding Plastik

Menurut kajian dari HSU Straw Analysis, penghasilan satu straw logam menggunakan tenaga yang sama digunakan untuk menghasilkan 90 straw plastik.

Kajian itu juga menyatakan bahawa kadar pelupusan rata untuk straw logam dalam lima tahun adalah tiga peratus. Sebaliknya, kadar pelupusan straw plastik adalah 100 peratus dalam lima tahun.

Ini bermakna bahawa jika satu juta straw logam dihasilkan tahun ini, hanya 30,000 daripadanya dilupuskan setelah lima tahun, sementara jika satu juta straw plastik dihasilkan tahun ini, maka satu juta straw plastik juga akan dihapuskan.


Yang Mana Lebih Efektif – Logam Atau Plastik ?

Untuk menukar atau berubah ke idea mesra alam bukanlah semudah yang disangka. Misinya adalah untuk mengurangkan dan meminimakan kesan penggunaan sesuatu bahan kepada alam sekitar. Ia bukanlah sekadar ingin mengganti dan meletakkan idea guna semula untuk sesuatu produk sebagai inisiatif dalam mengurangkan kadar pencemaran kepada alam sekitar.

Pengeluar dan pengguna seharusnya menilai dari mana dan bagaimana sesebuah produk itu dihasilkan dan ketahui manfaat keseluruhan dari penggunaan produk tersebut berbanding dengan yang lain.

Ia tidak bermaksud straw logam adalah satu inisiatif yang tidak wajar. Hakikatnya, ia sebenarnya bergantung kepada tabiat dan cara penggunaan straw logam yang sebetulnya supaya tidak menambah kesan yang lebih buruk kepada alam sekitar.

Sudah tentu, straw logam sedikit sebanyak berjaya memanjangkan tempoh atau durasi penggunaan straw yang mana lebih tahan lama dan mengurangkan kadar penyingkiran sampah seharian.

Cara Pengendalian Straw Logam

1. Simpan di dalam beg anda. Melaluinya, ia mengurangkan peratus anda lupa untuk membawanya setiap kali anda keluar.

2. Bilas di singki setiap kali selepas selain minum. Ia bagi menghindarkan bakteria atau kotoran menjadi lebih sukar untuk dibersihkan jika ia dibiarkan lebih lama. Selamat mencuba!

Sumber: HSU, Esquiremag