Apa Terjadi Jika Terminum Atau Termakan Makanan Yang Bersemut?

Pernah tak anda ingin makan atau minum hidangan yang bersemut? Atau anda mungkin pernah mengalami masalah di mana anda meletakkan kek atau air manis anda di atas meja dan kemudiannya penuh dengan semut di sekelilingnya.

Tahukah anda bahawa spesies semut yang sering terdapat dalam makanan kita disebut ‘Camponotus Consobrinus’ atau biasa dikenali sebagai semut gula. Ia merupakan semut yang berasal dari Australia yang juganya tinggal di kawasan gelap. Mereka sangat tertarik dengan apa-apa yang manis seperti gula, makanan bergula, tumpahan cecair dan kotoran.

Melon, Watermelon, Eat, Fruit, Pulp

Adakah mereka berbahaya?

Semut gula diklasifikasikan sebagai seranggan baik yang hanya menganggu sesebuah kawasan. Ia tidak menyengat dan tidak menyebabkan kesakitan atau gejala yang teruk melainkan anda alah kepadanya.

Ada kajian mendapati bahawa semut mempunyai beberapa kebaikan di dalamnya. Ia termasuk sumber protein dan zat besi yang tinggi.

Apa yang terjadi jika anda termakan semut?

Anda mungkin pernah tertanya-tanya, apa yang sebenarnya akan berlaku sekiranya anda meminum air yang ada semut di dalamnya?

Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa kumpulan semut yang mengandungi asid formik. Ia merupakan cecair perengsa yang tidak berwarna yang boleh menimbulkan keracunan dan membahayakan risiko apabila dimakan.

Animals, Insect, Ants, Leaf Cutter Ant

Walaupun ia tidak menyebabkan kesan buruk jika termakan sebilangan semut, namun jika diambil pada kuantiti yang banyak boleh menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan.

Setakat ini, masih tiada ada laporan yang mana anda individu yang mati atau jatuh sakit akibat memakan makanan yang dimakan semut. 

Walau bagaimanapun, dari sudut Islam, hukum memakan semut ialah haram, kerana ia termasuk dalam jenis haiwan yang menjijikkan. Namun, terdapat pengecualian terhadap hukum tersebut apabila berlaku kesukaran untuk mengawalnya dan juga jika ia terdapat di dalam makanan dan minuman anda dan kemudiannya ditelan secara tidak sengaja.

Bagaimana untuk menjauhkan semut dari makanan?

Terdapat beberapa kaedah untuk mengelakkan semut datang ke makanan anda. Antaranya adalah dengan meletakkan kayu manis di sekitar dapur atau di kawasan yang paling kerap berlaku masalah sedemikian.

Elakkan daripada menumpahkan dan membiarkan kotoran di kawasan dapur anda.

Tutup lauk atau balang makanan dengan rapat agar tidak didatangi semut. Anda juga perlu menghapuskan kemungkinan sumber-sumber makanan yang boleh menarik minat semut.