#100Hari100Aktiviti – 5 Medium Penulisan Yang Boleh Anda Cuba

Sekiranya anda gemar untuk meneliti dan memberi respons berkenaan berita terkini serta berkongsi pandangan anda mengenai hal ehwal semasa, gaya hidup, masakan atau pelbagai topik lain, mungkin anda boleh mempertimbangkan untuk memulakan blog atau penulisan sendiri. 

Jika anda lihat, terdapat banyak platform penulisan atau penerbitan artikel yang boleh anda cuba. Menerusi laman-laman sedemikian, ia menyediakan ruang untuk anda menulis dan menyatakan pendapat selain membantu anda untuk mengasah bakat.

Medium

Medium adalah tempat di mana anda boleh menghantar pelbagai jenis penulisan. Artikel yang diterbitkan boleh dalam bentuk bukan fiksyen dan fiksyen. Terdapat beberapa penerbitan dalam Medium dan sub-komuniti yang boleh anda rujuk.

Mula tulis di Medium

Substack

Substack adalah sebuah platform berupa buletin emel dan juga menyediakan platform untuk menerbitkan artikel ke laman web.

Bagi pengguna yang ingin menggunakannya, anda boleh menentukan berdasarkan sama ada kandungan yang diterbitkan adalah artikel berbayar atau artikel yang percuma untuk semua. 

Apabila anda membuat akaun di Substack, mereka mendapat akses ke beberapa alat penerbitan tersuai yang mana semuanya percuma. Namun, jika anda mula melakukan caj kepada pembaca, Substack akan mengambil 10 peratus daripada nilai keseluruhan yang dicaj.

Mula daftar di Substack

Tajria

Tajria adalah laman perkongsian informasi yang memfokuskan topik berkenaan gaya hidup wanita. Namun, topik ini turut boleh dikembangkan dan meliputi semua aspek termasuk tips dan motivasi, kesihatan, kecantikan, fesyen dan juga kenderaan dan automotif yang sesuai dengan peredaran dunia dan topik semasa.

Platform ini turut mengumpulkan idea dan pengalaman dari para pengguna dengan menjadikan platform ini sebagai satu medium untuk berkarya dan berkongsi pendapat.

Menarik mengenai platform ini adalah ia tidak mengenakan sebarang caj selain pendaftaran yang sangat mudah menerusi Amanz.me.

Mula tulis: Bagaimana Untuk. Mula Menulis Di Tajria?

WordPress

WordPress.org pula adalah perisian blog yang paling popular di alam maya. Ia mula bertapak pada tahun 2003 dan kini WordPress digunakan lebih daripada 30% daripada semua laman web di internet.

Bukan itu sahaja, kelebihan platform ini adalah ia hadir dengan puluhan tema percuma yang boleh dipilih selain menawarkan fleksibiliti reka bentuk yang tidak tersedia pada platform percuma yang lain.

Mula daftar di WordPress

flat screen monitor

Blogger

Blogspot atau Blogger adalah perkhidmatan penerbitan blog yang membolehkan anda untuk menerbitkan kandungan yang anda inginkan. Blog ini dihoskan oleh Google dengan menggunakan sub-domain blogspot.com.

Woman Using Smartphone and Laptop

Perkhidmatan Adwords, Adsense dan alat Webmaster juga boleh diintegrasi pada Blogger. Oleh itu, daripada menambahkan kod ke dalam templat anda, anda hanya boleh mengklik butang dan mengintegrasikan fungsi Adsense terus ke laman web anda.

Mula daftar di Blogspot

Selamat mencuba dan mari mula menulis hari ini!