Lina Rosli Diterbitkan 15 October 2020

Kenapa Putik Kapas Tidak Baik Untuk Telinga?

Kenapa Putik Kapas Tidak Baik Untuk Telinga?

Pernahkah anda mengalami masalah yang mana pendengaran anda terganggu disebabkan wax telinga atau cerumen yang tersumbat?

Cerumen semestinya ada di setiap telinga manusia bagi menjaga kesihatan telinga selain menapis debu dan kotoran untuk tidak masuk jauh ke dalam telinga anda. Mempunyai lapisan cerumen pada kulit bukanlah satu yang menjijikkan dan jika di bahagian dalam telinga ia tidak perlu dibersihkan. Walau bagaimanapun, anda masih perlu membersihkan kawasan sekitar telinga lebih-lebih lagi luar telinga supaya kelihatan bersih.

Cotton Buds In A Paper Bag

Elakkan Membersihkan Telinga Menggunakan Putik Kapas

Putik kapas boleh menyebabkan gendang telinga rosak dan kehilangan pendengaran. Dalam kes yang teruk, kapas boleh merosakkan banyak struktur sensitif di belakang saluran telinga dan menyebabkan pekak, vertigo berpanjangan dengan loya dan muntah, kehilangan deria rasa dan bahkan kelumpuhan wajah.

Mengunyah dan melakukan pergerakan rahang lain di sekitar telinga boleh mengeluarkan wax telinga secara semula jadi. Namun, menggunakan penyapu kapas dapat mendorong wax masuk lebih dalam ke saluran telinga anda.

Cara Untuk Melegakan Cerumen Yang Tersumbat

Menurut American Academy of Otolaryngology, hanya 1 dari 10 kanak-kanak dan 1 dari 20 orang dewasa mengalami masalah ini cerumen tersumbat akibat penumpukan cerumen yang banyak.

Sekiranya berlaku sedemikian, doktor akan mengesyorkan agar anda menggunakan ubat penghilang cerumen, seperti ubat titis untuk telinga dengan kandungan minyak mineral, hidrogen peroksida, karbamid peroksida, baby oil, atau gliserin untuk melembutkan cerumen yang keras agar lebih mudah dikeluarkan.

Dapatkan nasihat doktor anda tentang cara memilih dan menggunakan alternatif lain untuk kaedah pembersihan telinga.