Kentang mengandungi nutrien penting, walaupun dimasak, yang dapat memberi manfaat kepada kesihatan manusia dengan pelbagai cara.

Kentang adalah makanan yang kaya dengan karbohidrat. Ia merupakan sumber tenaga yang baik, selain ia turut hadir dengan sumber vitamin C yang tinggi.

Antara kebaikan kentang termasuk menyumbang kepada gaya hidup yang sihat, mencegah osteoporosis, menjaga kesihatan jantung dan mengurangi risiko jangkitan.

Berikut adalah 3 resepi mudah berasaskan kentang yang boleh anda cuba:

Salad Kentang Rebus

Bahan-bahan diperlukan:

Bahan A

  • 3 biji kentang Australia
  • 2 biji kentang biasa
  • 1 sudu besar serbuk lada
  • 1 cawan mayonis coselaw (atau anda juga boleh menggunakan mayonis khas salad)

Bahan B

  • 1 bungkus sayur kobis merah
  • 1 biji limau
  • 1 biji salad
  • 1 biji bawang besar merah atau bawang holland

Cara memasak:

  1. Rebus kesemua kentang sehingga empuk. Setelah empuk, potong kentang dalam bentuk dadu.
  2. Hiris kesemua bahan B. Selepas dihiris, campurkan kesemua bahan di dalam satu bekas besar.
  3. Masukkan kentang yang telah direbus ke dalam mangkuk dengan bahan B.
  4. Letakkan mayonis dan serbuk lada. Gaul ke semua bahan sehingga sebati.
  5. Anda juga boleh meletakkan lemon jika menginginkan sedikit rasa masam.

Kentang Bakar Keju Dengan Ayam

brown bread on brown wooden table

Bahan-bahan:

  • 3 biji kentang
  • 1 keping dada ayam
  • 3 sudu besar tepung goreng serbaguna
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 3 keping keju cheddar

Cara penyediaan:

1. Gaulkan isi ayam bersama tepung goreng serbaguna. 

3. Panaskan kuali bersama minyak dan goreng ayam sehingga kekuningan.

4. Kemudian, belah kentang kepada separuh dan bakar di dalam ketuhar gelombang mikro. Biarkan ia masak selama 3 minit.

5. Asingkan is kentang menggunakan sudu dan gaulkan dengan garam dan serbuk lada hitam. Kemudian, masukkan semula isi kentang itu kedalam kulit kentang tadi.

6. Seterusnya, ambil isi ayam yang digoreng tadi dan potong dadu kasar. 

7. Akhir sekali, letakkan isi ayam tersebut di atas kentang dan diikuti dengan kepingan keju. Masukkan semula ke dalam ketuhar gelombang dan bakar selama 1 minit.

Cheese Stix Kentang

Image

Bahan-bahan:

  • 2 biji kentang
  • 4 keping keju Cheddar
  • 7 sudu tepung jagung
  • Oregano
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

1. Panaskan periuk dan isikan air ke dalamnya. Kemudian, rebus kentang sehingga empuk. Setelah empuk, sejukkan kentang untuk beberapa minit.

2. Kemudian, lenyekkan kentang sehingga hancur.

3. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit dan gaulkan sehingga rata dan sebati. Letakkan juga keju, oregano dan garam ke dalam mangkuk kentang. Campur dan gaul hingga semua bahan tidak melekat pada mangkuk.

4. Seterusnya, masukkan kentang dan bahan-bahan yang telah di gaul ke dalam plastik lauk jernih. (pilih saiz plastik yang besar)

5. Lenyek dan ratakan semua di dalam plastik. Pastikan kepingannya tidak terlalu nipis.

6. Potong plastik. Kemudian, potong kentang kepada dua dan jadikan bentukknya seperti sticks.

7. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak. Kemudian hidangkan Potato Cheese Stix anda bersama mayonis dan sos cili. Selamat mencuba!

 

 

Lihat profil
Lina Rosli

667 artikel di Tajria.