PUMA x KidSuper Membawakan Rekaan Retro Dan Inspirasi Dari Warisan Bola Sepak
Jenama sukan global PUMA dan KidSuper Studios akan melancarkan kolaborasi pertama mereka minggu ini. Koleksi ini membawakan yang menggabungkan semangat bola sepak bersama dengan kreativiti dan inovasi seni.
KidSuper Studios adalah kolektif artis kreatif di Brooklyn, New York yang diasaskan oleh pereka Colm Dillane. Menerusi kolaborasi ini, ia menampilkan keunikan, inovasi dan ikonik dunia seni dalam produk dan kelengkapan sukan PUMA.
Pada koleksi kali ini, ia menonjolkan jahitan retro, cetakan tebal, kombinasi warna terang, dan estetika coretan “KidSuper Studios”. Gaya utama dari koleksi termasuk jaket dan seluar yang disesuaikan, t-shirt grafik, jersi, jaket trek, baju sejuk, bag, kasut dan banyak lagi.
Ia juga menampilkan sketch bola sepak yang dilukis dengan tangan digabungkan dalam cetakan grafik untuk Jaket dan Seluar PUMA x KidSuper Tailored.
Kerjasama pertama antara PUMA dan KidSuper ini boleh didapati di laman rasmi PUMA dan juga di PUMA KLCC, PUMA Sunway, PUMA Genting, PUMA Midvalley pada harga bermula RM199 hingga RM759.