Philips Airfryer XXL Dengan Teknologi Smart Sensing – Hasil Hidangan Yang Sempurna
Bagi anda yang sering menghabiskan masa untuk membersihkan dapur, mengelap kotoran minyak pada dapur gas setelah selesai masak, Philips Airfyer XXL adalah jawapan yang terbaik untuknya.

Philips Airfryer XXL hadir dengan dengan teknologi Smart Sensing, yang mana ia menampilkan kaedah memasak tanpa perlu menggunakan minyak yang banyak sewaktu penyediaan hidangan.
Tidak seperti menggoreng di kuali, airfyer ini hadir dengan fungsi automatik yang boleh menyesuaikan waktu dan suhu semasa proses memasak untuk memastikan setiap hidangan dimasak dengan sempurna.

Realiti dan cabaran harian dalam menyediakan makanan bukan sesuatu yang asing lagi. Terutamanya, tekanan masa untuk menyediakan bahan-bahan yang diperlukan. Philips Airfryer XXL ini hadir dengan tiga solusi yang menarik termasuk:
Penetapan Masa Dan Suhu Secara Automatik
Dengan satu sentuhan butang, teknologi Philips Smart Sensing secara automatik menyesuaikan tetapan masa dan suhu semasa memasak untuk hasil hidangan yang lebih sempurna.
Hasil Hidangan Yang Sempurna
Teknologi Rapid Air dipatenkan oleh Philips membawakan makanan yang lembut di bahagian dalam dan rapuh di bahagian luar. Hanya sedikit minyak diperlukan untuk memastikan tekstur yang sempurna dan hasil yang lazat.
Buang Lebihan Lemak Dari Makanan
Ia juga hadir dengan teknologi Penghapusan Lemak (Fat Removal Technology) yang memisahkan dan menangkap lemak berlebihan. Airfryer ini turut membawakan ciri seperti menggoreng, memanggang dan memanaskan semula makanan sambil memastikan makanan lebih sihat dan lebih enak.
Saiz Yang Besar Untuk Hidangan Dalam Kuantiti Banyak
Philips Airfryer XXL direka untuk makanan seisi keluarga dan mempunyai kapasiti untuk memasak satu ekor ayam dan sehingga 1.4 kg kentang goreng sekali masak.
Bagi yang berminat, Philips Airfryer XXL dengan Smart Sensing boleh mula didapati di kedai e-dagang Philips pada harga RM 1,699.00.