Hayati Makna Rezeki dan Syukur
Rezeki ni ada banyak, bukan setakat duit, kemewahan. Tapi kesihatan, kemudahan dalam urusan semua tu pun rezeki juga. Sebab tu kita kena selalu bersyukur dengan apa yang kita ada, apa yang kita dapat, apa yang Tuhan bagi.

Erti syukur ni tidak cukup sekadar ucapan alhamdulillah, tapi juga kena ada dalam bentuk ibadah, zikir. Mengingati Allah SWT tu sebenarnya tanda syukur atas pemberianNya yang mencukupkan keperluan kita.
Dan macam mana kita bersikap dengan rezeki tu juga antara kayu ukur kesyukuran kita. Sebab dalam setiap zarah, inci rezeki yang Dia beri, ada rezeki makhluk lain juga. Contoh makanan kita, duit kita, masa kita dan sebagainya.
Aku percaya, ramai orang pun selalu dengar ingatan Allah SWT dalam al-Quran berkaitan nikmat, sekiranya kita bersyukur, maka Allah akan tambah lagi nikmatnya. Pepatah English yang famous pula,
The more you give, the more you get.
Sebab tu jangan berkira. Bila Tuhan cukupkan kita dengan harta, kadang buat manusia lupa dengan benda-benda macam bersedekah, menunaikan hak kepada sesama manusia, lupa untuk memberi kepada yang susah.
Kadang, ada yang mudah betul membazir dengan alasan banyak duit. Berbelanja untuk yang tidak perlu tapi kikir dengan yang perlu. Sanggup berhabisan untuk kehendak tapi berkira dengan keperluan.
Saya percaya setiap rezeki yang diberi atau sebenarnya pinjaman dari Tuhan tu untuk disalurkan balik kepada makhluk lain sebenarnya, untuk dimanfaatkan semula. Tapi masih ramai antara kita yang belum betul-betul mengerti beza keperluan dan kehendak. Sebab tu ramai yang rasa tidak pernah cukup dengan rezeki sedia ada.
Sebab bukan rezeki yang sikit, tapi syukurnya kurang, ke mana dibelanjakan rezeki tu sebagainya, yang mengurangkan keberkatan rezeki. Bukan rezeki yang kurang tapi kerana banyaknya kehendak daripada keperluan.
Semoga kita semua dimurahkan rezeki hari ni. Selamat menjemput rezeki semua. Dengan apa? Dengan memperbaiki syukur kita dan dengan banyaknya memberi.