Azrina Rusni Diterbitkan 16 October 2020

Insuran Takaful dan Anak Muda

Insuran Takaful dan Anak Muda

Memandangkan aku boleh kira fresh grad, baru tahun lepas grad, ramai kawan-kawan aku pun begitu. Dan ramai-ramai antara mereka ni juga yang aku approach cerita pasal insurans takaful.

Betul, kita awal-awal bisnes apa pun, golongan yang kita dekati dulu mesti orang yang dekat dengan kita, sebab paling kuat sebab mereka kenal kita, trust tu sudah ada sikit. Betul tidak?

Dan antara objection/penolakan yang aku banyak terima adalah kewangan belum stabil, baru mula kerja. Aku faham sebab aku pun baru mula kerja juga. Tapi hari ni, aku mahu kongsi satu nasihat untuk aku dan kawan-kawan semua juga.

Bila masa terbaik untuk mulakan proses rancang kewangan? Sekarang, masa kita baru mula kerja, masih kita belum banyak komitmen, masa antara kita ada yang masih tinggal dengan keluarga.

Salah satu komponen rancang kewangan adalah dengan sediakan perlindungan untuk kewangan kita. Ada banyak lagi komponen lain, cuma perlindungan antara komponen paling asas.

Kenapa kena ada perlindungan pendapatan, duit kita? Analoginya, kita ada duit, kita mahu simpan, adakah logik kita biar duit atas meja? Atas almari? Selamatkah duit tu? Tidakkan? Mesti cari kotak, tabung, zaman sekarang, menyimpan di bank sebab kita rasa lagi selamat. Betul?

Perlindungan kewangan pun begitu. Kita sudah ada simpanan, bagus! Tapi jangan lupa untuk lindungi simpanan kita. Bayangkan simpan bertahun, sakit kemalangan, terus ranap duit simpanan kita, macam mana?

Tidak ada siapa minta mati, kemalangan, sakit semua tu datang. Kalau boleh minta dijauhkanlah. Tapi, mati tu pasti, sakit kemalangan, bila-bila boleh datang. Sebab tu kita kena bersedia.

Dan persediaan kena mula dari bawah, dari awal. Bukan bila sudah sakit bagai, baru kita terkial-kial cari takaful. Maaf, sakit sedia ada takaful tidak akan dlindungi tau. Serius ni, tidak dilindungi. Sebab tu kena apply masa sihat, muda, bertenaga.

Anak-anak muda sekalian, termasuk juga aku yang berkongsi hari ni, ingat ya. Bila kita rancang kewangan dengan bijak dari sekarang, akan datang cabaran dugaan, inshaallah, lagi mudah untuk kita hadapi, berbanding zero perancangan. Famous quote kita biasa dengar,

Those who fail to plan, is planning to fail.

Jadi, adakah kita mahu jadi orang yang merancang untuk gagal? Pastinya tidakkan?