Tengah Mencari Semangat, Motivasi?
Kalau ada orang cakap dia sentiasa positif, dia tipu. Sebab tidak ada manusia dapat kekal positif 24 jam, 7 hari seminggu, 29-31 hari sebulan, 365 hari setahun. Tidak ada.
Semua orang ada turun naik. Yang membezakan setiap kita adalah cara kita kawal turun naik tu. Sudah naik, jangan terlampau tinggi sampai lupa diri. Sudah turun pula, kawal supaya tidak terus jatuh, tertiarap, sampai tiada harapan bangun balik.
Kita fokus hari ni part down. Sebab situasi ni aku sendiri selalu hadap. Semangat semangat, lepas tu down lagi. Payah pula tu mahu naik balik bila down. Apa Kena buat masa ni?
Keluar

Jangan stay dalam bilik atau rumah, jumpa orang, bercakap, atau tidak pun, pergi mana-mana kafe, kedai makan, biar order air ja pun, biar, asalkan kita berada di luar. Tidak suka tempat begini, boleh juga pergi taman, joging, jalan kaki pun okay. Ambil udara segar.
Circle

Keliling diri dengan orang yang positif, bukan yang sudah kau down, tambah lagi buat takut, negatif. Duduk dengan orang yang berusaha positif, orang yang kau cerita masalah, dia boleh buat lawak sampai sakit perut kau ketawa, orang yang tidak kisah macam mana buruk, remeh cerita, dia boleh ubah jadi sweet cerita tu, dapat keluarkan pengajaran yang buat kau berfikir. Paling penting, kau selesa dengan orang tu.
Dua benda ni dapat bantu kita inshaAllah, kalau kita buat. Kadang betul juga, rasa tidak mahu keluar, rasa mahu duduk dalam ‘gua’ selimut ja, rasa tidak mahu bercakap. Rehat kejap okay tapi jangan biar, serius. Kita kena bantu diri kita sendiri.
Bila kita biar, makin lagi tu melarat, teruk, sampai akhirnya seharian masa terbuang dengan tidur, tapi masih rasa penat. Keluar dan cari tu semangat balik.
Kita nampak ada orang selalu positif. Sebenarnya banyak ja tu masa mereka down, tapi mereka pilih untuk tetap positif. Down tidak salah, itulah masa untuk kita fikir dan refresh balik planning kita dengan cita-cita, fikir balik strategi, belajar dari silap. Jadi jangan rasa down tu satu dosa.
Bila down nilah, kita akan lebih dekat dengan Tuhan, minta doa, sujud, balik kepada Dia. Masa down nilah kita dapat belajar pengajaran disebalik apa yang berlaku. Kadang kita terlampau laju, busy itu ini, sampai tidak nampak benda kecil yang sebenarnya bawa pengajaran besar dalam hidup.
It’s okay to feel down, but it would be better if we choose to rise up every time we feel down and learn something from it.
Jatuh? Bangkit lagi. Just like when we’re still a kid, we learnt how to walk with all those small baby steps. Tiada yang salah pun bila rasa down, cuma tetap disitu yang jadi masalah. Carilah semangat yang hilang tu balik, progres kecil pun tetap progres juga. Ingat tu.