Apa Itu Hibah Takaful?
Konsep Hibah Takaful/Hibah Bersyarat

Hibah ialah pemberian sukarela daripada pemberi kepada penerima yang dibuat atas dasar kasih sayangtanpa mengharap sebarang bentuk balasan.
Ia boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita ingini sama ada waris atau bukan waris. Kesan daripada hibah, semua harta yang sudah dihibah akan terkeluar daripada harta pusaka dan tidak akan diagih kepada waris mengikut hukum faraid.
Hibah takaful pula adalah hadiah (pampasan kematian) melalui sijil takaful yang mana, sejumlah pampasan diberikan kepada orang yang tersayang (penama) tanpa wasiat & tidak tertakluk kepada hukum faraid jika pemegang takaful itu meninggal dunia.
Hibah takaful juga dipanggil sebagai hibah bersyarat, tertakluk dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, hanya apabila pemegang takaful tu mati atau hilang upaya secara kekal, barulah pampasan kematian tu valid untuk dikeluarkan.
Apa Manfaat Hibah Takaful?

Dalam sesebuah keluarga, suami kebiasaannya adalah breadwinner, atau pemberi nafkah kepada keluarganya. Ada juga isteri turut bekerja dan sama-sama bantu suami untuk menyara keluarga.
Sekarang ni, cuba bayangkan kalau suami meninggal dunia atau hilang upaya secara kekal, dimana lagi sumber nafkah untuk ahli keluarga, isteri dan anak-anak? Selepas kematian suami, macam mana isteri dan anak-anak mahu bertahan hidup?
Betul ada suami yang tinggalkan harta, tapi harta seperti rumah, kereta, tanah dan sebagainya yang diusahakan oleh suami, kena lalu hukum pembahagian harta, tidak boleh terus diserahkan kepada isteri dan anak-anak. Harta perlu diagihkan dengan adil kepada mereka yang berhak.
Sekarang ni, mana isteri dan anak-anak kena cari sumber kewangan kecemasan sementara menunggu pembahagian harta selesai untuk tampung hidup, makan minum, bil-bil yang perlu dibayar setiap bulan? Isteri dan anak-anak perlukan harta yang “cair”, yang boleh terus digunakan untuk kelangsungan hidup.
Disinilah manfaat Hibah Takaful
Hibah Takaful adalah harta yang “cair”, dapat terus diberikan kepada penerima yang telah dipilih oleh pemegang takaful, contohnya isteri dan anak-anak. Sementara tunggu proses pembahagian harta lain, isteri dan anak-anak ada sumber kewangan untuk kelangsungan hidup, makan minum sebagainya.
Kita pasti tidak mahu anak-anak terpaksa berhenti sekolah, keluarga terpaksa keluar daripada rumah sewa, atau makan minum, pakaian isteri dan anak-anak tidak terurus lepas suami meninggal, kan? Walaupun hakikat zaman sekarang, banyak berlaku, ada yang sampai tahap meminta-minta hanya untuk kelangsungan hidup.

Kita sebagai wanita, perempuan, sudah bergelar isteri/ibu atau bakal menjadi isteri/ibu, sepatutnya ambil tahu tentang hibah takaful kerana ramai balu menyesal kerana tidak pernah memaksa suami sediakan hibah semasa hidup.