#PinkOktober – Bulan Kesedaran Kanser Payudara
Setiap kali bulan Oktober, setiap tahun datang, kita mesti selalu nampak reben merah jambu di sana-sini dengan hashtag #PinkOktober, kan?
Bulan Oktober adalah Bulan Kesedaran Kanser Payudara Sedunia, turut dinamakan sebagai Pink Oktober, adalah bulan istimewa untuk memperingati dan meningkatkan kesedaran tentang kanser payudara di seluruh dunia.
Kanser payudara ni bukan ada satu jenis sahaja tau, terdapat dua jenis kanser payudara yang paling utama iaitu kanser invasif dan tidak invasif. Kanser yang invasif bermaksud kanser yang tidak duduk satu tempat, merebak ke bahagian badan yang lain melalui pergerakan dalam salur darah dan limpa. Kanser yang tidak invasif pula sebaliknya, tetap di satu tempat.
Kita sebagai wanita, WAJIB untuk ambil tahu, tidak kira kita tua atau muda, kerana bukan setakat dua jenis utama ni sahaja, ada lagi jenis kanser payudara lain seperti kanser radang payudara, karsinoma medilari, papilari karsinoma dan banyak lagi yang jarang kita dengar. Penyebab kanser payudara juga tidak terhad kepada genetik sahaja, gaya hidup seperti kehamilan, merokok, tabiat minum minuman keras juga antara sebab lain.
Korang boleh juga tengok video pendek yang dikongsikan oleh A’isya Sofia, di ML Studio ni untuk lebih faham serba-sedikit berkaitan dengan kanser payudara.
Tengok disini, Pembunuh Nombor Satu Wanita Malaysia ML Studios.
Saya kongsikan disini sedikit highlight berdasarkan video ni,
- Kanser payudara, kanser No. 1 bagi Wanita di Malaysia. Setiap 1 daripada 20 orang wanita berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara.
- Early prevention atau pencegahan awal adalah cara terbaik untuk mengurangkan risiko dari kanser payudara.
- Mammogram untuk umur 40 tahun ke atas ke atas, Ultrasound untuk umur 18-39 tahun. Pemeriksaan lanjut boleh dibuat dengan Clinical Examination atau pemeiksaan klinikal.
- 3 daripada 4 wanita berumur 40 tahun ke atas tidak pernah buat Mammogram dan 1 daripada 2 populasi wanita berumur 18 tahun tidak pernah buat Self Examination.
- Kanser payudara sakit orang tua ja? Tidak, itu mitos. Semua wanita berisiko untuk dapat kanser payudara, semakin naik umur, semakin tinggi risiko.
- Makin tinggi kesedaran pasal pencegahan awal, makin tinggi potensi untuk diselamatkan.
- Kanser payudara penyakit genetik? Hanya 40-60% disahkan sebab genetik. Jadi, kanser ni boleh datang kepada yang ada genetik kanser payudara dan juga yang tiada genetik kanser ini.