Carian
Resepi Mudah Tomyam Putih – Sesuai Untuk Hidangan Makan Malam
October 18, 2020 Lina Rosli

Resepi Mudah Tomyam Putih – Sesuai Untuk Hidangan Makan Malam

Bagi anda yang mungkin terfikir-fikir hidangan apa yang boleh dilakukan untuk menu makan malam, mungkin Tomyam Ayam adalah jawapannya.

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan berserta cara penyediaan untuk 3 hingga 4 orang makan:

Bahan-bahan

  • 2 ketul dada ayam (dipotong kecil)
  • 1 biji bawang merah besar (dipotong 4)
  • 2 ulas bawang putih (dititik)
  • Kobis bunga
  • Cendawan tiram
  • Cili api
  • 2 sudu santan
  • Serai
  • Lengkuas
  • Daun ketumbar
  • 3 biji limau kasturi
  • Garam
  • 1 bungkus pes tomyam putih

Cara Penyediaan:

  1. Panaskan 300ml air di atas api.
  2. Setelah mendidih, masukkan pes tomyam. Masukkan serai, bawang merah dan bawang putih. Biarkan ia masak beberapa minit.
  3. Masukkan ayam yang telah dipotong dan tunggu sehingga kuah mendidih.
  4. Seterusnya, masukkan sayuran seperti kobis bunga, cendawan tiram dan juga cili api.
  5. Setelah semua masak, tambah jus limau kasturi dan juga garam ke dalam tomyam.
  6. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar dan tomyam ayam putih anda sedia untuk dihidangkan.

Selain ayam, anda juga boleh menggunakan kaedah ini untuk tomyam jenis lain termasuk daging, udang, sotong dan lain-lain. Selamat mencuba!

Komen