#100Hari100Aktiviti – Adakah Aplikasi Kecergasan Membantu Atau Sebaliknya?
Jika anda lihat pada hari ini, terdapat banyak aplikasi kecergasan dan kesihatan yang tersedia di kedai atas-talian App Store dan juga Google Play Store.
Aplikasi ini hadir bagi tujuan untuk memudahkan pengguna untuk melakukan aktiviti kecergasan selain berupaya melakukan pelbagai fungsi seperti mengesan pengambilan kalori, mengumpulkan idea latihan dan berkongsi kemajuan aktiviti kecergasan di media sosial.
Adakah Aplikasi Kecergasan Membantu Atau Sebaliknya?
Pada awalnya, aplikasi ini biasanya dimuat-turun untuk memudahkan pengguna mengatasi halangan untuk bersenam seperti kurang akses ke maklumat, kurangan minat dan motivasi dan juga tiada kelengkapan aktiviti yang bersesuaian. Dengan ini, modul aktiviti yang dipersembahkan memainkan peranan yang penting dalam memastikan sama aplikasi ini berkesan atau tidak.
Walau bagaimanapun, terdapat kemungkinan juga sebilangan teknik yang termasuk dalam pakej intervensi secara langsung tidak berfungsi. Oleh itu, pengguna seharusnya mempertimbangkan keperluan mereka dengan berhati-hati ketika memilih aplikasi aktiviti fizikal.
Adakah Trend Aplikasi Kecergasan Pada Peranti Sekadar Untuk Bergaya?
Dari masa ke semasa, aplikasi kecergasan ini semakin mendapat perhatian dari ramai pihak.
Berdasarkan kajian dari Accenture pada tahun 2017, hampir 1.7 bilion individu yang menggunakan peranti pintar sekurang-kurangnya mempunyai satu aplikasi kesihatan yang dimuat-turun di telefon pintar mereka. Dengan adanya beribu-ribu aplikasi kecergasan di pasaran, ia tidak dapat dikenalpasti sama ada aplikasi ini benar-benar memudahkan pengguna melakukan aktiviti kecergasan atau hanya hadir untuk sekadar bergaya sahaja.
Dari sudut keberkesanan aplikasi, tidak semua aktiviti dan program yang ditampilkan memberi kesan yang sebenarnya kepada pengguna. 22 daripada 23 aplikasi yang dikaji oleh Digital Medicine secara rawak dihasilkan untuk memberikan penurunan berat badan atau membantu kesihatan mental serta pengurusan diabetes. Dalam beberapa percubaan yang dilakukan pada kesemua aplikasi, pengiraan kalori nampaknya tidak banyak membantu penurunan berat badan. Bukan itu sahaja, satu daripada aplikasi yang diatas, ketika diuji sendiri selama enam bulan hampir tidak membuat perbezaan pada berat peserta.
Walau bagaimanapun, kehadiran aplikasi kecergasan dan kesihatan ini sedikit sebanyak boleh membantu meningkatkan kesedaran masyarakat tidak kira yang mempunyai masalah kesihatan atau sebaliknya. Ia bertindak sebagai penggalak kepada umum untuk menjadi lebih sihat. Namun, ia masih lagi tertakluk kepada inisiatif dan juga keinginan individu tersebut untuk melakukan aktiviti kecergasan.
Selain itu, aplikasi ini juga seharusnya difahami terlebih dahulu serta pengguna juga seharusnya mempunyai pengetahuan tentang apa aktiviti yang sepatutnya dilakukan bagi mendapatkan hasil yang lebih maksima.
Sumber: Globalnews.ca, Innovatemedtec