Carian
5 Hijab ‘Hacks’ Yang Boleh Membantu Menyelamatkan Hari Anda
October 19, 2020 Lina Rosli

5 Hijab ‘Hacks’ Yang Boleh Membantu Menyelamatkan Hari Anda

Keselesaan semasa memakai hijab adalah sangat penting untuk anda yang keluar bekerja dan juga banyak bergerak sepanjang hari.

Selain selesa, terdapat banyak lagi perkara yang perlu anda ambil berat ketika memakai hijab. Ia termasuk persiapan apabila berlaku perkara yang tidak dijangka seperti getah rambut hilang atau inner kepala anda belum kering selepas dicuci. 

Oleh itu, untuk membantu menyelematkan hari anda, Tajria hari ini ingin akan berkongsi lima hacks dan tricks yang boleh anda cuba.

Woman Holding Purple Hijab

Sarung Kaki Pengganti Getah Rambut

Ya, jika anda mempunyai sarung lama yang mungkin sudah kembang atau hilang pasangannya, anda mungkin boleh mencucinya dan seterusnya menggunakannya sebagai pengikat rambut anda. 

Langkah ini bukan sahaja boleh menjimatkan kos pembelian getah rambut yang baharu, malah ia juga boleh disuaikan mengikut keadaan rambut anda.

Kain basah atau pengering rambut -mengurangkan kesan renyuk

Bagi anda yang mungkin bercuti dan bilik yang anda tempah tidak menyediakan iron, maka anda boleh menggunakan kaedah kain basah untuk mengurangkan kesan renyuk pada hijab anda. Caranya adalah dengan meletakkan pakaian anda di bawah beberapa tuala lembap dan tekan perlahan ke bawah dan ratakan lipatan.

Atau anda juga boleh menggunakan pengering rambut untuk meluruskan kesan renyuk. Tambah sedikit air untuk hasil yang lebih baik.

Sapu minyak rambut bayi pada anak rambut

Mungkin anda mengalami anak rambut yang degil yang mungkin sering terkeluar apabila beberapa jam memakai tudung. Untuk mengelakkan hal ini berlaku, letakkan sedikit minyak rambut pada anak rambut anda sebelum memakai tudung. Pastikan rambut anda juga disisir dan diikat rapi sebelum memakai inner kepala.

Selain minyak rambut, anda juga boleh menggunakan gel rambut atau penyembur rambut untuk menghalang rambut dari terkeluar

Woman Wearing Pink Cap and Hijab

Teknik pinless hijab

Bagi anda yang sudah biasa dengan kaedah ‘pinless hijab’ atau hijab tanpa pin ini nampaknya tiada masalah. Namun, bagi anda yang mungkin tidak pernah melakukannya sebelum ini, anda mungkin boleh menggunakan teknik ini jika anda kehilangan pin tudung atau mungkin tidak ada pin yang mencukupi.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cara pemakaian ‘pinless hijab’, anda boleh melakukan carian di Youtube untuk mendapatkan tutorial.

Pencungkil gigi dan jarum – membetulkan kesan tercarit pada kain

Salah satu masalah umum apabila menggunakan hijab adalah kesan caritan atau pin tersangkut di hijab atau tudung. Jadi, sekiranya benang tercarit yang menyebabkan kain menjadi gumpalan, tarik perlahan-lahan untuk ia kembali menjadi bentuk asal. Anda juga boleh gunakan cungkil gigi atau jarum jahit untuk mengembalikan benang ke tempat asal.

________________________________________________________________________

Berikut adalah lima hacks dan tricks yang boleh anda cuba. Jika anda mempunyai cara lain, mungkin anda boleh berkongsi idea anda kepada Tajria.
 

 

Komen