Benarkah Minum Air Dapat Mengurangkan Risiko Serangan Jantung?
Ramai individu gemar untuk menahan diri dari minum sebelum waktu tidur untuk mengelakkan bangun malam.
Menurut, pakar kardiologi mendapatkan segelas air sebelum tidur membantu mengurangkan risiko serangan jantung atau strok. Satu kajian dalam American Journal of Medical Epidemiology mendapati bahawa minum lima atau lebih gelas air kosong setiap hari mempunyai risiko penyakit jantung koronari yang jauh lebih rendah.

Bukan itu sahaja, minum air sebelum tidur juga dapat membantu meningkatkan peredaran darah pada jantung sekaligus mengurangkan risiko serangannya.
Mengapa Minum Air Dapat Mengurangkan Risiko Serangan Jantung?
Apabila anda kekurangan air, akan berlakukanya dehidrasi pada badan. Ia sekaligus akan menyebabkan gangguan pada fungsi organ dan tubuh anda, termasuk sistem jantung dan kardiovaskular anda.
Apabila anda mengalami dehidrasi, jumlah darah anda, atau jumlah darah yang beredar ke seluruh badan anda, akan menurun. Untuk mengimbangi, jantung anda berdegup lebih laju, meningkatkan degupan jantung dan tekanan darah anda.
Bukan itu sahaja, semasa dehidrasi juga darah akan mengekalkan lebih banyak natrium, menebalkan darah anda dan menjadikan darah anda lebih sukar untuk beredar ke seluruh badan anda.
Oleh itu, mendapatkan kuantiti air yang mencukupi akan membantu jantung anda mengepam darah dengan lebih mudah dan membolehkan oksigen sampai ke otot anda sekaligus menjadikan otot berfungsi dengan lebih cekap.
Amalan Gaya Hidup Sihat
Selain mendapatkan kuantiti air yang tutup, anda juga perlu memapstikan pengambilan makanan yang lain juga baik untuk jantung anda.
Elakkan daripada mengambil makanan dan minuman yang mempunyai kandungan gula yang tinggi seperti gula-gula dan minuman ringan. Hal ini kerana ia akan meningkatkan risiko serangan jantung koronari. Bukan itu sahaja, anda juga perlu mengurangkan pengambilan daging merah seperti daging lembu, daging kambing dan lain-lain. Anda boleh menukar daging merah kepada daging putih seperti daging ayam atau ikan.
Sumber: TheHeartFoundation