Fakta Menarik Mengenai Pemerah Pipi Yang Perlu Anda Tahu
Pemerah pipi sememangnya sangat sinonim dengan hasil solekan pada masa kini. Ia tidak hanya hadir dengan warna merah jambu, tetapi kini ia boleh didapati di dalam pelbagai jenis warna termasuk coral, peach, coklat muda dan banyak lagi.
Tapi pernahkah anda terfikir, bagaimana idea pemerah pipi ini mula terhasil? Ketahui tiga fakta menarik yang perlu anda tahu mengenai blusher.

Mencubit pipi untuk mendapatkan warna merah
Untuk pengetahuan anda, pemerah pipi ini sebenarnya sudah muncul sejak zaman Cleopatra lagi. Pada awalnya, pemerah pipi bukanlah produk yang sama kita lihat pada masa kini. Wanita zaman Mesir Purba dahulu akan mencubit pipi untuk memerahkanya.
Diperbuat dari tanah merah
Bergerak ke hadapan, pemerah pipi atau perona pipi merupakan antara produk yang pertama menggunakan bahan semula jadi untuk membuat solekan. Masyarakat Mesir Purba menggunakan ground red ochre atau oker merah tanah untuk mendapatkan pigmen semula jadi yang kemudiannya dicampurkan dengan lemak untuk disapu di bibir dan pipi.
Jenama pertama pemerah pipi pertama – Bourjois
Setelah banyak berevolusi, pemerah pipi yang kita lihat di pasaran kini disempurnakan oleh Alexandre Napoleon Bourjois. Ia digunakan sebagai solekan untuk teater pada tahun 1863. Menjelang tahun 1879, pemerah pipi ini sudah boleh dimiliki umum dan merupakan salah satu item jenama Perancis terlaris pada hari ini.

Pemerah pipi bukan sekadar di pipi
Di Jepun, komuniti Harajuku menggunakan pemerah pipi di bawah mata mereka. Trend ini dikatakan menjadikan seseorang wanita itu memiliki ciri-ciri yang mungkin lebih lembut dan lebih muda.
Pipi merah sebagai indikator status dan darjat
Terdapat banyak lagi fakta yang menarik mengenai pemerah pipi. Ia bukanlah bermula sebagai alat solekan semata-mata. Ia juga pernah hadir dalam elemen untuk melambangkan darjat dan juga status. Seperti pada Zaman Pertengahan di Eropah, wanita dari golongan bangsawan mempunyai kulit yang putih dan pucat, sementara
Menurut laman web Into the Gloss, masyarakat Eropah pada waktu ini mengambil serius isu warna kulit sehingga sanggup menjadi pucat dengan mengambil lintah untuk menghilangkan kemerahan keseluruhan dari kulit. Para pekerja bawahan yang mempunyai kulit merah akan bekerja di luar sepanjang hari, sementara wanita kelas tinggi akan duduk di dalam rumah mengurung diri.
Sumber: Business Insider, Into The Gloss