Lina Rosli Diterbitkan 20 October 2020

Mentega Atau Marjerin – Mana Satu Lebih Baik?

Mentega Atau Marjerin – Mana Satu Lebih Baik?

Mentega adalah makanan asas tradisional yang dibuat oleh churning cream. Kebiasaannya, marjerin sering digunakan dalam kaedah penggorengan dan juga penyediaan kek. Ia diperbuat daripada lemak tenusu pekat yang mana kebanyakannya terdiri daripada lemak tepu.

Sementara merjerin pula merupakan makanan yang diproses dengan rasa dan visual seakan mentega. Ramai individu akan menukar dan mengesyorkan marjerin sebagai pengganti mentega kerana ia dihasilkan dari minyak sayuran melalui proses hidrogenasi.

sliced cheese on clear glass plate

Mana Satu Yang Lebih Baik?

Berdasarkan kajian yang dilakukan, pengambilan lemak tepu yang hadir dalam mentega akan meningkatkan risiko penyakit jantung. Walau bagaimanapun, mentega sebenarnya mengandungi beberapa nutrien yang tidak terdapat dalam banyak makanan lain.

Sebagai contoh, mentega dari lembu yang diberi makan rumput dapat mengandungi vitamin K2 yang akan menghasilkan tulang yang lebih baik.

Tidak seperti mentega, marjerin adalah pengganti yang sihat untuk jantung selain berupaya menurunkan kolesterol LDL yang buruk untuk kesihatan.

jar of butter with spoon

Jadi, yang manakah lebih baik? Jawapannya adalah bukan kedua-duanya. 

Mengapa? Hal ini kerana, mentega mengandungi banyak lemak tepu yang akan menyebabkan saluran arteri tersumbat dan marjerin pula mengandungi kombinasi lemak tepu dan trans yang tidak sihat.

Oleh itu, pengambilan kuantiti yang bersesuaian adalah penting. Jika anda ingin menggunakannya pada jumlah yang banyak, anda disarankan untuk menukar mentega dan marjerin kepada minyak lain seperti minyak zaitun, kanola dan minyak safflower.
_____________________________________________________________

Ringkasnya, marjerin moden adalah produk makanan yang sangat diproses yang terbuat dari minyak sayuran, sementara mentega pada dasarnya adalah lemak tenusu pekat.

Sumber: Mayo Clinic, Oregon