Lina Rosli Diterbitkan 21 October 2020

PUMA Provoke XT – Kasut Sukan Yang Memfokuskan Wanita

PUMA Provoke XT – Kasut Sukan Yang Memfokuskan Wanita

PUMA kini hadir dengan produk terbaru yang memfokuskan keselesaan wanita yang dinamakan Provoke XT.

Ia hadir dengan rekaan atletik yang konvensional. Kasut dinamik ini dibina untuk mendapatkan prestasi optimum di bahagian dalam, dan di bahagian luarnya pula menampilkan gaya yang lebih menarik dan trendy

Provoke XT adalah kasut latihan terbaru dari PUMA yang dicipta untuk wanita yang aktif dan kerap berjalan namun masih ingin tampil bergaya. Ia hadir dengan rekaan yang menyokong bahagian tengah kaki dan juga tumit supaya lebih selesa sewaktu berjalan.

Bukan itu sahaja, keluaran kali ini juga memfokuskan kestabilan yang mana ia menyertakan PROFOAM yang ringan dan juga cengkaman tapak dengan daya tarikan dan daya tahan maksimum semasa pergerakan latihan.

Bagi yang berminat, siri kasut sukan ini boleh didapati pada harga bermula RM 79 sehingga RM 429. Provoke XT ini ditawarkan di rangkaian kedai PUMA di KLCC, Pavilion, Sunway Pyramid, 1 Utama, The Gardens, IOI City, Queensbay, Gurney Plaza, AEON Melaka, AEON Tebrau, East Coast Mall dan banyak lagi. Anda juga boleh mendapatkannya di kedai atas talian Zalora, Sports Direct dan banyak lagi.