‘Snooze Alarm’ atau tunda penggera adalah sesuatu yang normal apabila anda menginginkan sedikit masa tambahan untuk sambung tidur
Namun persoalannya, adakah tabiat tunda penggera ini akan memberikan kesan yang buruk kepada inidividu?
Menurut satu tinjauan, lebih daripada satu dari tiga orang dewasa akan menekan butang snooze tiga kali sebelum bangun pada waktu pagi. Bukan itu sahaja, lebih daripada separuh orang dewasa berusia sekitar 20 hingga 30 tahun mengatakan bahawa mereka menekan butang tersebut setiap pagi.
Tunda Penggera Boleh Menyebabkan Inersia Tidur?
Tidak dinafikan, ia bukanlah satu masalah yang besar dan juga tidak salah untuk sekali-sekala melengahkan penggera kerana mungkin anda berasa letih pada siang hari dan memerlukan waktu tidur tambahan pada keesokan harinya.
Namun, hakikatnya tabiat ini akan memudaratkan kesihatan anda yang mana boleh menyebabkan badan dan otak anda menjadi keliru.
Menurut pakar, menunda penggera boleh menyebabkan inersia tidur yang lama. Inersia tidur adalah perasaan kesal yang dimiliki oleh banyak orang ketika mereka bangun pada waktu pagi yang mana akan mencari satu ruang masa untuk menyambung tidur.
Keadaan ini biasanya hanya berlangsung sekitar 15 hingga 30 minit. Namun, ia juga boleh berlaku sehingga 2 hingga 4 jam jika anda tersedar awal atau semasa tidur nyenyak.
Kesan Tunda Penggera Kepada Kitaran Tidur Dan Fizikal
Untuk memahami mengapa menekan butang tunda boleh memudaratkan, anda perlu melihat balik reaksi badan selepas bangun tidur.
Apabila anda menekan butang tunda dan kembali tidur, hormon yang dilepaskan akan memanipulasi badan anda dan beranggapan anda telah mendapat tidur yang nyenyak. Namun, hakikatnya tidak. Kebiasaannya penggera akan berbunyi pada kitaran terakhir tidur REM. Sewaktu fasa ini, kadar pernafasan menjadi lebih cepat, tidak teratur selain kepekaan otak meningkat.
Jadi, apabila anda menambah dan menunda jam penggera, badan anda tidak tahu dan terkeliru dengan operasi tidur. Beberapa penyelidikan mengatakan penggunaan butang tunda yang berlebihan akan melatih otak anda untuk berfikir “hanya beberapa minit lagi” dan bukannya “masa untuk bangun” ketika mendengar penggera anda.
Oleh itu, kesan jangka masa panjang tabiat menekan butang tunda akan membawa kesan yang buruk kepada otak dan juga badan anda.
Sumber : Independent UK, Clever And Clinic