Carian
Ikuti Langkah Ini Untuk Membersihkan Bekas Najis Kucing
October 21, 2020 Lina Rosli

Ikuti Langkah Ini Untuk Membersihkan Bekas Najis Kucing

Tahukah anda bahawa kucing sangat mementingkan kebersihan bekas najis atau litter box mereka. Oleh itu, ia adalh penting untuk anda memastikan kotak tersebut tidak berbau dan bersih supaya kucing anda berasa selesa.

gray Persian cat

Berapa Kali Sehari Anda Perlu Membersihkan Bekas Najis?

Jika litter box itu telah dipenuhi dengan najis-najis kucing, anda perlu membersihkannya sekurang-kurangnya sehari sekali (jika kucing anda memiliki jumlah kucing yang banyak). 

Hal ini bagi mengelakkan pengumpulan bakteria serta mengurangkan faktor ulat pada najis tersebut.

Bagaimana Untuk Membersihkan Bekas Najis?

  1. Keluarkan najis dan kotoran sekurang-kurangnya sekali sehari.
  2. Masukkan najis ke dalam beg plastik tertutup dan buang di luar.
  3. Basuh sudu najis dan simpan di dalam beg plastik.
  4. Bersihkan tepi bekas najis dan penutup bekas dengan sabun dan air setiap minggu
  5. Elakkan daripada menggunakanbahan kimia seperti amonia atau peluntur sewaktu membersihkan bekas najis. Kucing sangat sensitif terhadap bau kimia.

Bukan itu sahaja, sila bawa kucing anda ke vaterinar jika terdapat simptom muntah-muntah atau najis berbau terlalu busuk ketika membersihkan bekas najis. Hal ini kerana, kucing anda mungkin menghidapi masalah kesihatan berkaitan dengan usus atau terkena virus parvo.

Komen