Lina Rosli Diterbitkan 22 October 2020

Title…

Title…

KAFE PROVISION, DAMANSARA

Kafe Provision ini dibuka hanya pada pukul 8 pagi hingga 6 petang sahaja. Jika singgah di kafe ini, sangat sesuai datang pada waktu pagi kerana kafe ini menyediakan menu yang kecil dan “simple” seperti roti-roti hasil buatan sendiri seperti sandwich, roti bakar, “sourdough” dan lain-lain lagi. Dengan kecantikan elegen dan simple, di hadapan kedai ini dicat dengan warna oren dan sesuai untuk bergambar dan juga “OOTD” untuk dimuat naik dalam media sosial anda.

 

Alamat: 49, Jalan SS 22/23, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor

 

 

12) TINY BAKER IN PINK, DAMANSARA

Kafe ala-ala Korea ini sesuai untuk pengunjung datang meluangkan masa sambil bergambar kerana hiasan yang menarik di setiap sudut kedai. Kafe ini menyediakan menu kek yang dihiasi cantik dengan pelbagai corak, warna dan dekorasi. Kafe ini juga menyediakan ruang jika ingin mengadakan majlis hari jadi dan lain-lain lagi.

 

Alamat: C58-2, Jalan PJU 5/21, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

 

 

13) KAFE TUJOH, PETALING JAYA

Kafe Tujoh terletak di Seksyen 17 di mana kafe ini mempunyai ruang yang selesa dan cantik kerana dilengkapi dengan dua ruang berbeza di dalam kafe. Seni bina dan dekorasi di dalam kafe ini dipenuhi dengan perabot yang bergaya termasuk televisyen dan radio klasik dan vintaj, dihias dengan pokok-pokok hijau, poster, lukisan hitam dan putih moden serta gabungan lampu yang digantung. Latar belakang yang rimbun dan biasan cahaya matahari dari luar membuatkan Kafe Tujoh ini menjadi lebih menarik dari pelbagai sudut untuk dimuat naik di landasan Instagram.

 

Alamat: 617, Jalan 17/10, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor

 

 

14) KAFE BUKKU, KLANG

Dengan memiliki senibina dan reka bentuk dalaman yang minimalis dan estetik seperti di Jepun, kafe ini sangat cantik untuk pengunjung singgah dan mengambil gambar. Nama kafe “Bukku” bermaksud buku dalam Bahasa Inggeris yang mana perabot dalaman kafe ini dihias dengan kayu rak buku berserta susunan buku dan hiasan kopi yang dibalut cantik. Jika singgah ke kafe ini, jangan lupa untuk mencuba “Salted Egg Croissant”, “Almond Tiramisu” dan “Burnt Cheesecake” yang sering disebut-sebut oleh orang ramai.

 

Alamat: No.1, Jalan Singgahsana 4A/KU5, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor

 

 

 

15) KAFE TUAH, BANGI

Kafe yang berkonsepkan santai ini dikenali ramai dengan menu yang pelbagai bermula dengan makanan hinggalah ke minuman. Jika singgah ke kafe ini, jangan lupa untuk mncuba hidangan makanan Western seperti Trip Platter yang terdiri daripada gabungan buffalo wings, meatball daging dan juga kentang goreng yang dijamin sedap dan mengenyangkan. Selain itu, terdapat juga pelbagai perisa kopi frappucino seperti Cookies & Cream, Black Forest dan banyak lagi.

 

Alamat: No20, Jalan 7/1c, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor