#100Hari100Aktiviti – Cuba Peraturan 20/20/20 Dalam Kehidupan Seharian

Apa itu peraturan 20/20/20? Ia bermaksud setiap 20 minit, perhatikan objek lain pada jarak 20 kaki selama 20 saat.

Seperti yang anda tahu, manusia menghabiskan masa di hadapan skrin selama berjam-jam untuk satu hari. Sudah habis melihat komputer di tempat kerja, sambung pula dengan internet menggunakan telefon pintar di kedai makan ataupun rumah.

man using computer inside room

Dalam arena perkembangan teknologi ini, semua maklumat boleh dilihat di muka skrin sahaja. Anda boleh menonton video, bermain permainan video, membalas chat, membaca surat khabar dan banyak lagi.

Oleh itu, anda mungkin akan mengalami masalah ketegangan mata akibat melihat skrin terlalu lama dan banyak. 

person holding white samsung android smartphone

Bagaimana 20/20/20 Dapat Membantu?

Pada dasarnya, setiap 20 minit yang dihabiskan menggunakan skrin, anda harus berusaha melihat sesuatu yang berjarak 20 kaki sekurang-kurangnya untuk tempoh 20 saat.

Menurut American Academy of Ophthalmology, manusia biasanya berkelip sekitar 15 kali setiap minit. Semasa melihat skrin, bilangan kelipan ini berkurang menjadi setengah sekaligus menyebabkan mata kering dan letih.

Oleh itu, Peraturan 20/20/20 dapat membantu anda menghindari ketegangan mata yang terus sehingga boleh menyebabkan kerosakan kekal pada penglihatan anda. 

Bagaimana Untuk Mengehadkan Waktu Penggunaan Setiap 20 minit?

Anda boleh menetapkan notifikasi atau penggera pada setiap 20 minit. Selain itu anda juga boleh berhenti seketika setiap kali mata anda sudah mula berasa penat dan berat.

Antara gejala atau simptom yang biasanya dialami selepas lebih dari satu jam menghadap skrin:

Gejala lain termasuk:

  • mata kering
  • mata berair
  • penglihatan kabur atau objek kelihatan berganda
  • sakit kepala
  • keteganan di leher, bahu atau belakang
  • masalah untuk menumpukan perhatian

Bagaimana anda boleh mengukur jarak 20 kaki?

Untuk cara mudah, anda mungkin boleh melihat objek yang kelihatan jauh melalui tingkap. Sebagai contoh, lihat pohon atau bangunan di seberang jalan. Sekiranya anda bekerja di ruang kecil, cubalah berjalan di luar rumah atau ke kawasan yang lebih besar di mana anda boleh merehatkan mata.

Mengapa 20 saat?

20 saat sudah memadai untuk membiarkan mata anda benar-benar berehat. Semasa anda merehatkan mata, ada baiknya bangun dan minum air untuk menjaga kesihatan diri. Sekiranya badan anda terhidrat, mata anda juga akan sihat.

Selain peraturan 20/20/20, ada kaedah lain untuk mencegah atau mengurangi ketegangan mata. Antaranya menggunakan ubat titis mata atau menyesuaikan kecerahan skrin mengikut keselesaan mata.

Sumber: NVision Centers