7 Nasihat Untuk Diri Bila Rasa Down
Salah satu cara tenangkan diri bila fikiran kita penuh, serabut adalah dengan keluar berjalan, walaupun sekitar rumah. Yang penting sebenarnya dapat udara segar. Bila berjalan sendiri, kita ada masa untuk analisis balik apa yang buat fikiran kita serabut, cuba cari jalan penyelesaian.
Kali ni aku kongsi benda yang aku fikir, nasihat aku untuk diri sendiri sepanjang aku berjalan sebelum PKPB di Kota Kinabalu ni. Aku harap kita sama-sama dapat ambil manfaat.
1. Kita kena yakin dengan diri sendiri. Pandang ke hadapan, jalan lurus. jangan ‘tunduk’ dengan masa lalu atau kesilapan lalu kita. Betul semua orang ada buat silap, tapi masa tu sudah berlalu, jadi sejarah sudah. Yang mampu dan boleh kita buat adalah belajar dari kesilapan tu dan buat perubahan untuk jadi lebih baik.
2. Setiap hari, Allah SWT bagi kita peluang untuk baiki diri, baiki kesilapan kita, bertaubat atas dosa-dosa kita, bagi kita peluang untuk buat lebih banyak ibadah, amal. jadi, sebagai tanda syukur dengan peluang yang diberi, kita perli bertindak, buat lagi banyak perubahan, ibadah, amal, taubat lebih lagi, supaya kita dapat tebus balik kesilapan lepas, dosa lepas kita, supaya kita boleh jadi lebih baik dari hari sebelum ni.
3. Berhenti salahkan diri sendiri atas semua kesilapan sebelum ni yang sudah lepas. Betul, sebagai manusia kita tidak lepas dari silap, ada masa kita silap dalam buat pilihan, tapi salahkan diri, kritik diri kita habis-habisan tidak akan ubah benda lepas jadi lebih baik, bahkan boleh tambah burukkan lagi motivasi diri, keyakinan diri. Belajar maafkan diri kita, terima silap kita yang lepas dan buatlah perubahan untuk jadi lebih baik.
4. Tidak semestinya apa yang orang ramai pilih, buat, sentiasa betul. Ada masa, kita kena ada prinsip sendiri, It’s okay to be different. Tidak perlu cemburu atau wajib ikut apa yang orang ramai buat, pilih. Dalam al-Quran pun ada sebut kan, yang jika kamu ikut kebanyakan manusia di dunia ni, nanti sesat. ikut apa yang Allah suka, bukan apa yang makhlukNya suka.
5. It’s okay to not be okay. Tajuk drama baru-baru ni. Haha. Kita ni manusia, turun naik tu normal. Selamanya di atas atau di bawah terus pun susah juga, betul tidak?
6. Belajar bersyukur dengan apa yang kita ada, diri kita, tanpa perlu banding diri dengan orang lain. Apa yang kita ada sekarang, semua pinjaman dari Allah. Bila-bila masa Allah boleh tarik. Sebelum menyesal, belajar syukur. Bila syukur, nanti Allah tambah.
7. Jangan biar baik kita ditentukan oleh benda, perkara, persekitaran ataupun orang di sekeliling kita. Sentiasa usaha buat kebaikan walaupun tiada orang yang ‘validate’ kebaikan kita. Kebaikan ni ‘common sense’, bukan pilihan semata-mata. Tidak kira apa yang jadi, usahakan tetap buat kebaikan walaupun kecil, kan Allah pandang biar kecil zarah sekalipun?
Antara peringatan atau nasihat yang aku suka cakap dekat diri sendiri, sebab kita lagi tahu nasihat yang macam mana yang kita betul-betul perlu sebenarnya. kita lebih tahu siapa diri kita, kan?
Jadi kita kena sentiasa motivasi diri, cakap benda baik dekat diri juga. Ini pun salah satu cara sayangkan diri. Kalau bukan kita, siapa lagi mahu sayang diri kita sendiri? Semua kena mula dengan diri kita dulu.
Wallahu’alam.