Carian
5 Perkakas Dapur Yang Tidak Rugi Untuk Dibeli
October 23, 2020 Lina Rosli

Tidak dinafikan, peralatan rumah tidak kira peralatan elektrik atau mekanikal mampu melaksanakan beberapa fungsi untuk rumah anda. Ia membawakan pelbagai fungsi seharian seperti memasak, membersihkan, bersenam, membersihkan, mengawet makanan dan lain-lain.

Bagi anda yang mungkin baru berpindah, anda mungkin memerlukan perkakas dapur yang bersesuaian dan tidak melebihi bajet yang disediakan. Atau anda juga mungkin ingin menambah perkakas yang tidak ada di rumah tapi tidak tahu apa produk yang perlu anda dapatkan pada harga yang berpatutan.

Oleh itu, Tajria hari ini akan berkongsi kepada anda perkakas yang boleh anda dapatkah untuk rumah anda.


Slow Cooker

Bagi anda yang gemar untuk makan di rumah, namun pada masa yang sama sibuk dengan kerja pada waktu siang, maka slow cooker adalah peranti yang penting untuk rumah anda.

Cornell Slow Cooker 1.5 L


Periuk ini bukan sahaja memudahkan penyediaan masakan, malah ia juga mesra bajet selain dapat menghasilkan ramuan yang sihat dan enak. Selain memasak, anda juga boleh memanaskan makan tanpa perlu risau makanan anda menjadi kering atau hangus.

Air Fryer

Air Fryer atau dalam bahasa melayu dikenali sebagai penggoreng kering merupakan sebuah alat menggoreng yang menggunakan udara panas dan jumlah minyak yang sedikit. 

Philips Air Fryer XXL


Penggoreng kering pada asasnya adalah ketuhar countertop convection yang boleh memasak makanan dengan pantas. Bahagian atas unit memegang mekanisme pemanasan dan kipas yang mana udara panas akan turun ke sekitar makanan yang diletakkan di dalam bakul gorengan. Dengan peredaran udara panas yang cepat akan menjadikan makanan lebih cepat masak.

Ketuhar Gelombang Mikro

Ketuhar gelombang mikro hadir dengan kaedah yang boleh menjadikan masakan di rumah lebih mudah dan sihat tanpa menjejaskan kualiti makanan anda.

Samsung Grill Microwave Oven with Healthy Grill Fry Function, 23L


Bagi anda yang mementingkan kesihatan untuk makanan anda ketuhar ini hadir dengan penggunaan minyak masak dan boleh menggunakan teknik panggangan ketika memasak. Perkakas ini sangat sesuai untuk anda yang gemar untuk menyediakan variasi jenis makanan.

Periuk Kukus atau Periuk Wap

Pengukus makanan atau periuk wap (steamer pot) adalah perkakas dapur kecil yang digunakan untuk memasak atau menyiapkan pelbagai makanan dengan panas wap dengan cara menahan makanan di dalam periuk tertutup untuk mengurangkan pelepasan wap.

Senheng: Pensonic Food Steamer 12L SM600S


Bukan itu sahaja, periuk wap ini juga baik untuk anda yangin menjaga kesihatan. Aktiviti mengukus juga dapat meningkatkan vitamin seperti vitamin B, dan C serta mengekalkan mineral penting seperti kalium, kalsium, fosforus dan zink.

Pengisar atau Pencincang

Pencincang (chopper) adalah pilihan terbaik untuk membuat potongan sesuatu makan yang lebih kasar dan tidak terlalu halus. Manakala, pengisar (blender) makanan pula adalah alat menukar makanan menjadi cecair dan menghasilkan bahan yang lebih halus. 

Khind Blender BLC129


Terdapat banyak pelbagai jenis pilihan perkakas dapur di pasaran. Pilih satu yang akan memberi anda semua fungsi yang anda perlukan. Sudah tentu, jenis menentukan harga, jadi fikirkan apa yang anda perlukan dan berapa banyak yang anda mahu belanjakan.

Komen